Friday, December 11, 2009

Modern western civilization


knowledge=money=power


from knowledge we can make money with the information gained;
so,
knowledge=money


money can buy anything, which mean money gives power;
so,
money=power


betullah apa yg org ckp, "knowledge is power".
knowledge=power



duit memang boleh membahagiakan.


duit mmg boleh memberi kebahagiaan sekiranya kita nak pakai kereta ferrari, mercedes atau kereta2 lain yg gempak dan harga berjuta-juta dolar. nak duduk dekat rumah besar gila babi sampai tahap anjing kurap. nak makan makanan yg mahal dan eksklusif. nak langgan semua pelacur yg hot2 dan tahap super model dlm dunia ni.


tetapi, semuanya sementara. kaji balik apa tujuan kita hidup. nak kaya memang tak salah, cuma tujuannya kenalah betul. takkan semata2 nak hidup mewah dan materialistik?


saya sendiri masih keliru bagaimana untuk hidup dalam sistem dajjal ini. sama-samalah kita mencari konklusi.


revolusi pleaseee

Monday, November 16, 2009

Mengapa Yahudi Bijak?


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Sunday, November 15, 2009

Sistem Ekonomi Islam

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Rencana ini ialah subrencana fiqh dan Undang-undang dan ekonomi.
Dengan melakukan istiqra` terhadap hukum-hukum syara' yang menyangkut masalah ekonomi, akan dapat disimpulkan bahawa Sistem Ekonomi (an-nizham al-iqtishadi) dalam Islam mencakup pembahasan yang menjelaskan asas-asas yang membangun sistem ekonomi Islam terdiri dari atas tiga asas :
  • bagaimana cara memperoleh kepemilikan harta kekayaan (al-milkiyah)?
  • bagaimana pengelolaan kepemilikan harta kekayaan yang telah dimiliki (tasharruf fil milkiyah)?
  • bagaimana cara edaran kekayaan tersebut di tengah-tengah masyarakat (tauzi'ul tsarwah bayna an-naas)?

Pertama : Cara Pemilikan Harta Dalam Islam (Al-Milkiyah)

Sistem Ekonomi Islam berbeza sama sekali dengan sistem ekonomi kufur buatan manusia. Sistem ekonomi Islam adalah sempurna kerana berasal dari wahyu, dan dari segi pemilikan, ia menerangkan kepada kita bahawa terdapat tiga jenis pemilikan:-
  • Hak Milik Umum: meliputi mineral-mineral dalam bentuk pepejal, cecair dan gas termasuk petroleum, besi, tembaga, emas dan sebagainya yang didapati sama ada di dalam perut bumi atau di atasnya, termasuk juga segala bentuk tenaga dan intensif tenaga serta industri-industri berat. Semua ini merupakan hak milik umum dan wajib diuruskan (dikelola) oleh Daulah Islamiyah(negara) manakala manfaatnya wajib dikembalikan kepada rakyat
  • Hak Milik Negara meliputi segala bentuk bayaran yang dipungut oleh negara secara syar’ie dari warganegara, bersama dengan perolehan dari pertanian, perdagangan dan aktiviti industri, di luar dari lingkungan pemilikan umum di atas. Negara membelanjakan perolehan tersebut untuk kemaslahatan negara dan rakyat
  • Hak Milik Individu: selain dari kedua jenis pemilikan di atas, harta-harta lain boleh dimiliki oleh individu secara syar’ie dan setiap individu itu perlu membelanjakannya secara syar’ie juga.
Kedua : Cara Pengelolaan Kepemilikan (At-Tasharruf Fi Al Milkiyah)

Secara dasarnya, pengelolaan kepemilikan harta kekayaan yang telah dimiliki mencakup dua kegiatan, iaitu:-
  1. Pembelanjaan Harta (Infaqul Mal)Pembelanjaan harta (infaqul mal) adalah pemberian harta kekayaan yang telah dimiliki. Dalam pembelanjaan harta milik individu yang ada, Islam memberikan tuntunan bahawa harta tersebut haruslah dimanfaatkan untuk nafkah wajib seperti nafkah keluarga, infak fi sabilillah, membayar zakat, dan lain-lain. Kemudian nafkah sunnah seperti sedekah, hadiah dan lain-lain. Baru kemudian dimanfaatkan untuk hal-hal yang mubah (harus). Dan hendaknya harta tersebut tidak dimanfaatkan untuk sesuatu yang terlarang seperti untuk membeli barang-barang yang haram seperti minuman keras, babi, dan lain-lain.
  2. Pengembangan Harta (Tanmiyatul Mal)Pengembangan harta (tanmiyatul mal) adalah kegiatan memperbanyak jumlah harta yang telah dimiliki. Seorang muslim yang ingin mengembangkan harta yang telah dimiliki, wajib terikat dengan ketentuan Islam berkaitan dengan pengembangan harta. Secara umum Islam telah memberikan tuntunan pengembangan harta melalui cara-cara yang sah seperti jual-beli, kerja sama syirkah yang Islami dalam bidang pertanian, perindustrian, maupun perdagangan. Selain Islam juga melarang pengembangan harta yang terlarang seperti dengan jalan aktiviti riba, judi, serta aktiviti terlarang lainnya.

Pengelolaan kepemilikan yang berhubungan dengan kepemilikan umum itu adalah hak negara (Daulah Islamiyah), kerana negara (Daulah Islamiyah) adalah wakil ummat. Meskipun menyerahkan kepada negara (Daulah Islamiyah) untuk mengelolanya, namun Allah SWT telah melarang negara (Daulah Islamiyah) untuk mengelola kepemilikan umum tersebut dengan jalan menyerahkan penguasaannya kepada orang tertentu. Sementara mengelola dengan selain dengan cara tersebut diperbolehkan, asal tetap berpijak kepada hukum-hukum yang telah dijelaskan oleh syara'.
Adapun pengelolaan kepemilikan yang berhubungan dengan kepemilikan negara (Daulah Islamiyah) dan kepemilikan individu, nampak jelas dalam hukum-hukum baitul mal serta hukum-hukum muamalah, seperti jual-beli, gadai (rahn), dan sebagainya. As Syari' juga telah memperbolehkan negara (Daulah Islamiyah) dan individu untuk mengelola masing-masing kepemilikannya, dengan cara tukar menukar (mubadalah) atau diberikan untuk orang tertentu ataupun dengan cara lain, asal tetap berpijak kepada hukum-hukum yang telah dijelaskan oleh syara’.

Ketiga : Cara Edaran Kekayaan Di Tengah Masyarakat (Tauzi'ul Tsarwah Tayna An-Naas)


Kerana edaran harta kekayaan termasuk masalah yang sangat penting, maka Islam memberikan juga berbagai ketentuan yang berkaitan dengan hal ini. Mekanisme edaran harta kekayaan terwujud dalam hukum syara’ yang ditetapkan untuk menjamin pemenuhan barang dan perkhidmatan bagi setiap individu rakyat. Mekanisme ini dilakukan dengan mengikuti ketentuan sebab-sebab kepemilikan (contohnya, bekerja) serta akad-akad muamalah yang wajar (contohnya jual-beli dan ijarah).
Namun demikian, perbezaan potensi individu dalam masalah kemampuan dan pemenuhan terhadap suatu keperluan, boleh menyebabkan perbezaan edaran harta kekayaan tersebut di antara mereka. Selain itu perbezaan antara masing-masing individu mungkin saja menyebabkan terjadinya kesalahan dalam edaran harta kekayaan. Kemudian kesalahan tersebut akan membawa hanya harta kekayaan teredar kepada segelintir orang saja, sementara yang lain kekurangan, sebagaimana yang terjadi akibat penimbunan harta, seperti emas dan perak.
Oleh kerana itu, syara' melarang berputarnya kekayaan hanya di antara orang-orang kaya namun mewajibkan perputaran tersebut terjadi di antara semua orang. Allah SWT berfirman :
"Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu." (QS. Al-Hasyr : 7)
Di samping itu syara' juga telah mengharamkan penimbunan emas dan perak (harta kekayaan) meskipun zakatnya tetap dikeluarkan. Dalam hal ini Allah SWT berfirman :
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih." (QS. At-Taubah : 34)


Mekanisme Sistem Ekonomi Islam


Secara umum mekanisme yang ditempuh oleh sistem ekonomi Islam dikelompokkan menjadi dua, iaitu:

1.Mekanisme ekonomi


Mekanisme ekonomi adalah mekanisme melalui aktiviti ekonomi yang bersifat produktif, berupa berbagai kegiatan pengembangan harta (tanmiyatul mal) dalam akad-akad muamalah dan sebab-sebab kepemilikan (asbab at-tamalluk). Berbagai cara dalam mekanisme ekonomi ini, antara lain :

  • Membuka kesempatan seluas-luasnya bagi berlangsungnya sebab-sebab kepemilikan dalam kepemilikan individu (misalnya, bekerja di sektor pertanian, industri, dan perdagangan)
  • Memberikan kesempatan seluas-luasnya bagi berlangsungnya pengembangan harta (tanmiyah mal) melalui kegiatan investasi (misalnya, dengan syirkah inan, mudharabah, dan sebagainya).
  • Larangan menimbun harta benda (wang, emas, dan perak) walaupun telah dikeluarkan zakatnya. Harta yang ditimbun tidak akan berfungsi pada ekonomi. Pada gilirannya akan menghambat peredaran kerana tidak terjadi perputaran harta.
  • Mengatasi peredaran dan pemusatan kekayaan di satu daerah tertentu saja misalnya dengan memeratakan peredaran modal dan mendorong tersebarnya pusat-pusat pertumbuhan.
  • Larangan kegiatan monopoli, serta berbagai penipuan yang dapat menjamin pasaran.
    Larangan judi, riba, rasuah, pemberian barang dan hadiah kepada penguasa. Semua ini akan mengumpulkan kekayaan pada pihak yang kuat semata (seperti penguasa atau koperat).
  • Memberikan kepada rakyat hak pemanfaatan barang-barang milik umum (al- milkiyah al-amah) yang dikelola negara seperti hasil hutan, barang galian, minyak, elektrik, air dan sebagainya demi kesejahteraan rakyat.

2.Mekanisme Non-Ekonomi


Mekanisme non-ekonomi adalah mekanisme yang tidak melalui aktiviti ekonomi yang produktif, melainkan melalui aktiviti non-produktif, misalnya pemberian (hibah, sedekah, zakat, dll) atau warisan. Mekanisme non-ekonomi dimaksudkan untuk melengkapi mekanisme ekonomi. Iaitu untuk mengatasi peredaran kekayaan yang tidak berjalan sempurna jika hanya mengandalkan mekanisme ekonomi semata.
Mekanisme non-ekonomi diperlukan baik kerana adanya sebab-sebab alamiah maupun non-alamiah. Sebab alamiah misalnya keadaan alam yang tandus, badan yang cacat, akal yang lemah atau terjadinya musibah bencana alam. Semua ini akan dapat menimbulkan terjadinya gangguan ekonomi dan terhambatnya edaran kekayaan kepada orang-orang yang memiliki keadaan tersebut. Dengan mekanisme ekonomi biasa, edaran kekayaan boleh tidak berjalan kerana orang-orang yang memiliki hambatan yang bersifat alamiah tadi tidak dapat mengikuti kegiatan ekonomi secara normal sebagaimana orang lain. Bila dibiarkan saja, orang-orang itu, termasuk mereka yang tertimpa musibah (kecelakaan, bencana alam dan sebagainya) makin terpinggirkan secara ekonomi. Mereka akan menjadi masyarakat yang miskin terhadap perubahan ekonomi. Bila terus berlanjutan, boleh menyebabkan munculnya masalah sosial seperti jenayah (curi, rompak), rogol (pelacuran) dan sebagainya, bahkan mungkin revolusi sosial.
Mekanisme non-ekonomi juga diperlukan kerana adanya sebab-sebab non-alamiah, iaitu adanya penyimpangan mekanisme ekonomi. Penyimpangan mekanisme ekonomi ini jika dibiarkan akan boleh menimbulkan ketimpangan edaran kekayaan. Bila penyimpangan terjadi, negara wajib menghilangkannya. Misalnya jika terjadi monopoli, hambatan masuk, baik administratif maupun non-adminitratif-- dan sebagainya, atau kejahatan dalam mekanisme ekonomi (misalnya penimbunan), harus segera dihilangkan oleh negara.
Mekanisme non-ekonomi bertujuan agar di tengah masyarakat segera terwujud keseimbangan (al-tawazun) ekonomi, yang akan ditempuh dengan beberapa cara. Penedaran harta dengan mekanisme non-ekonomi antara lain adalah :

  • Pemberian harta negara kepada warga negara yang dinilai memerlukan.
  • Pemberian harta zakat yang dibayarkan oleh muzakki kepada para mustahik.
  • Pemberian infaq, sedekah, wakaf, hibah dan hadiah dari orang yang mampu kepada yang memerlukan.
  • Pembagian harta waris kepada ahli waris dan lain-lain.


Demikianlah gambaran sekilas tentang asas-asas sistem ekonomi Islam. Untuk memberikan pemahaman yang lebih luas dan dalam, maka perincian seluruh aspek yang dikemukakan di atas perlu dilakukan.

Perekonomian Islam


Perekonomian Islam ialah ekonomi menurut undang-undang Islam. Adanya dua paradigma untuk memahami Perekonomian Islam, dengan satunya menganggap rangka politik Islam (iaitu Khilafah), dan yang lain itu menganggap rangka politik bukan Islam yang melahirkan suatu paradigma yang bertujuan untuk menyepadukan sesetengah rukun Islam yang terkenal ke dalam sebuah rangka ekonomi sekular.
Paradigma pertama bertujuan untuk mentakrifkan semula masalah ekonomi sebagai suatu masalah pengagihan sumber untuk mencapai:

  • keperluan-keperluan asas dan mewah para orang perseorangan di dalam masyarakat;
  • membina pasaran etika yang mempunyai persaingan kerjasama;
  • memberikan ganjaran kepada penyerta-penyerta kerana terdedah kepada risiko dan/atau liabiliti;
  • membahagikan harta-harta secara adil antara kegunaan awam dan kegunaan peribadi; dan
  • negara memainkan peranan yang jelas terhadap pengawasan, percukaian, pengurusan harta awam dan memastikan peredaran kekayaan.


Gerakan-gerakan Islam yang menyeru agar politik dibaharui umumnya akan mencadangkan paradigma ini untuk menjelaskan bagaimana mereka akan memperkenalkan pembaharuan ekonomi. Bagaimanapun, paradigma kedua hanya mencadangkan dua hukum utama, iaitu:


Perbezaan utama dari segi kewangan ialah peraturan tiada faedah kerana paradigma pelaburan Islam yang menepati tanggungjawab sosial tidak amat berbeza dengan apa yang diamalkan oleh agama-agama yang lain. Dalam percubaannya untuk melarang faedah, ahli-ahli ekonomi Islam berharap untuk menghasilkan sebuah masyarakat yang lebih bersifat Islam. Bagaimanapun, gerakan-gerakan liberal dalam agama Islam mungkin akan menafikan keperluan untuk perkara ini kerana mereka umumnya melihat Islam sebagai secocok dengan institusi-institusi dan undang-undang sekular moden.

sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_ekonomi_Islam

Friday, November 6, 2009

Penghinaan



filem "year one" yg diarahkan oleh Harold Ramis dan penerbitnya Judd Apatow terbitan Columbia picture (illuminati), dibintangi oleh Jack Black dan Michael Cera ini merupakan sebuah filem komedi mengenai sejarah awal tamadun manusia. Namun, isi kandungannya jelas sekali telah mempersendakan hukum Islam, menghina Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak serta mempersoalkan tentang kewujudan tuhan.

tak silap saya, filem ini ada ditayangkan di Malaysia beberapa bulan yg lepas. Pada pendapat saya, filem ini patut di'ban' dan dikenakan tindakan kerana jelas niat mereka adalah untuk menghilangkan kepercayaan manusia terhadap tuhan (Allah s.w.t). namun, apalah daya kita untuk menentang fitnah dajjal illuminati ini yg telah pun menguasai hampir seluruh dunia ini. untuk makluman semua Columbia picture merupakan salah satu syarikat naungan illuminati.

salam Revolusi.

Saturday, October 24, 2009

TAMADUN


bagaimanakah ciri-ciri negara yang bertamadun? adakah ia dinilai berdasarkan pembangunan bandar yang pesat semata-mata? mari kita lihat defiinisi tamadun itu sendiri.

Definisi

berasal daripada perkataan arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Berpunca dari kata kerja "maddana" yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku.
juga membawa erti membuka bandar. Terbit pula perkataan "madani" iaitu orang yang berkelakuan seperti orang yang bersifat halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku.

SYED NAQUIB AL-ATTAS- keadaan kehidupan insan yang mencapai tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

AL-SYIRAZI- perbincangan tentang sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan yang menjerus kepada perbahasan mengenai sejarah keilmuan, peradaban, kemajuan industri dan pembangunan ekonomi.

ABU BAKAR HAMZAH- sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir daripadanya sama ada sesuatu yang berupa niskala atau abstrak, mahupun berupa skala material.

TEUKU ISKANDAR- keadaan masyarakat yang dicirikan berdasarkan pada taraf kemajuan kebendaa serta perkembangan pemikiran yakni sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi.

kesimpulan

secara keseluruhannya, istilah "tamadun" boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individi dan juga suatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakan atau negara bangsa.

Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi serta setiap tamadun mempunyai ciri-ciri asasnya supaya membentuk jati diri bagi sebuah tamadun. Marilah sama-sama kita renungkan definisi tamadun dan bertanya pada diri sendiri, adakah kita telah mencapai tahap ketamadunan?

Saturday, July 18, 2009

United We Stand Divided We Fall

bersatu kita teguh bercerai kita roboh. ayat ni memang dah jemu kita dengar...
tapi, ia sememangnya penting bagi kita dalam mengatasi musuh terutamanya yg mengamalkan taktik 'divide and conquer' atau 'bahagi dan takluk'. taktik ini memang dapat kita lihat dengan jelas sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi, cuma kita yg tidak menyedarinya. musuh yang saya maksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah para illuminati, freemason dan yg seangkatan dengannya. jika kita kaji denagn lebih dalam, penjajah yg menjajah negara kita adalah dari golongan2 ini. petikan dari sebuah blog:

"Siapakah Stamford Raffles itu?Beliau adalah ahli Freemason peringkat tertinggi dan ditahbiskan sebagai anggota pertubuhan syaitan itu pada 5 Julai 1813 di Lodge De Vriendschap,Surabaya.Apa yang ahli sejarah tanahair buat di dalam pejabat-pejabat mereka?Adakah di dalam tempurung minda mereka itu masih memikirkan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light?Damn!Bangsa yang tidak memiliki sejarah masa lalu adalah bangsa yang tidak punya cerita masa depan."

untuk maklumat lanjut click sini

saya berasa sedih apabila terbaca sebuah blog yg mengatakan puak shi'ah adalah tentera dajjal. ( click sini sbg link ke blog tersebut). sebagai umat islam, kita seharusnya bersatu. tidak bernas langsung jika kita menuduh puak seagama dengan kita sebagai dajjal. bak kata pepatah, 'tak kenal maka tak cinta'. maksud saya kalau setakat dengar dari sumber yg tidak berapa pasti kesahihannya, lebih baik jangan buat tuduhan melulu. carilah bukti yg sahih, kerana media massa sekarang telah banyak dimanipulasi demi kepentinagn sendiri. untuk memuaskan hati, bergaullah sendiri dengan mereka supaya lebih mengenali hati budi mereka. sebenarnya inilah yg dimahukan oleh pihak musuh bg memecah-belahkan kita supaya mereka dapat mengawal kita.
cuba anda renungkan, mengapa agama yg menyembah banyak tuhan (hindu, budha, etc.) dan bukannya 'satu' tuhan (islam, kristian dan yahudi) tidak pernah diganggu atau dilagakan walaupun hanya sekali? itulah yg membezakan antara agama yg benar dan agama yg dicipta oleh manusia itu sendiri.
seorang muslim yg sejati sepatutnya sedar bahawa ajaran yahudi yg asalnya dibawa oleh Nabi Musa dan ajaran kristian yg asalnya dibawa oleh Nabi Isa sebenarnya merupakan satu ajaran yg sama dengan ajaran Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. cuma ianya telah dipesongkan oleh golongan tertentu dengan tipu daya Iblis itu sendiri.
untuk maklumat lanjut tengok siri The Arrivals ini:



walau apa pun, ini hanyalah pendapat saya. sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui, namun kita haruslah bijak menggunakan akal fikiran. malulah... orang yg cetek ilmu seperti saya pon tidak menuduh sebarangan (kecuali illuminati...haha).
post ini berkesinambungan dengan apa yg ingin saya jelaskan pada post yg lepas, iaitu:

*p/s: vid youtube The Arrivals tu aku jumpa yg ada subtitle arab je, sbb yg lain sume audio disabled.

Wednesday, July 15, 2009

Illuminati, Freemason dan Dajjal

disebabkan gua rasa ramai yg x brp berminat nak tgk siri The Arrivals sampai habis, jadi gua cuba post salah satu episode yg agak menarik dan penting bg kita mengetahui keadaan sebenar. yg ni siap ada subtitle lg (thnx to sukkee 3x)...diharap ia dapat menarik minat anda untuk menonton siri ini sampai habis. sila tgk minit 9:46 ada gmbr klcc tu...bangga...

gua percaya bg sesiapa yg belum tgk siri2 sebelumnya mesti x brp paham dgn simbol2 dan senibina2 yg di bina oleh 'tukang2 batu bebas' (freemasons). jd tgk la semua siri sampai habis...kemudian anda akan dapat lihat kaitan antara illuminati, freemason dan dajjal itu sendiri. lu pikir lah sendiri...

insyaAllah lps ni pandangan dan matlamat anda mungkin akan lebih jelas...tapi kita perlulah sentiasa beringat-ingat kerana sifat manusia itu pelupa. kira macam motivasi la...muhasabah diri....wAllahualam

*p/s: gua ckp pandai, tp diri sendiri pon x betul. tapi gua akan cuba memperbaiki diri...insyaAllah.

antara persoalan yg timbul boleh check kat sini

Monday, June 1, 2009

Ikhlas


Pernah satu hari member saya bertanya kepada saya, "kita solat sebab nak dapat pahala la kan?"

kemudian saya pun menjawab, "eh, itu dah kira tak ikhlas tu..kita solat kerana Allah S.W.T. atas perintahNya...."



tetapi member saya tidak berpuas hati dengan jawapan itu, dia tetap mengejar pahala. Walau apa pun tujuannya, solat itu perkara wajib. Lebih baik tunaikan daripada tidak berbuat langsung. Ramai yang masih keliru, begitu juga dengan saya...



untuk mencapai keikhlasan amatlah sukar, saya sendiri tidak tahu tahap keikhlasan saya. Ketika menderma, ketika solat, ketika membantu dan sebagainya...



*p/s: dasat x? haha




Tuesday, May 26, 2009

One Malaysia & its possibility



no more malay

no more chinese

no more indian

no more sikh

bla...bla...bla

there is a possibility....

Malaysia will rule by chinese or what so ever

malays will lose their speciality (bumiputera)

are you ready.....malays?

Monday, April 6, 2009

Tuan Syed finale


wajah penipu terkemuka, kalau jumpa lari cepat-cepat ataupun baling batu kat belakang leher dia


Akhirnya, benda yang paling kitorang risau-risaukan menjadi kenyataan. Dia mula menangguh-nangguhkan masa cakap barang tak lulus lagi kena lalui macam-macam prosedur. Tapi, yang peliknya dia jawab call, message pon balas. 'Cara' dia tu memang professional lah bak kata orang. kalau penipu, biasanya dah cabut. tak angkat telefon.

kitorang pon layankan je lah....macam-macam alasan dia bagi.

Sampailah suatu hari, kitorang dah hilang sabar. Kitorang ambush rumah dia, empat orang. berlagak macam gangster, tapi kalau tengah panas yang tak gangster pon boleh jadi gangster. Time tu dah standby hammer dalam baju, silap cakap je memang kena hayun la. Kitorang dah tak nak tunggu lagi, mintak duit balik. Setelah selesai berbincang, dia pun setuju nak bagi duit esok. Nasib baik takde pertumpahan darah kat situ.

Tapi, tidak semudah itu....esoknya dia cuma bagi RM300 je. kitorang tak puas hati, so cagar barang-barang dia. yang dapat cuma handset yang tak seberapa je. Tengok kat wallet dia cuma ada duit indon je. betul-betul sengkek.

Selang beberapa hari, setelah kitorang desak dia. Dia cakap dia masukkan cheque deposit, so kena tunggu 3 hari la. memang licik...

seperti yang dijangka lagi, dah 3 hari cheque tak clear juga. Gua pun ugut dia cakap nak report polis dan akhirnya barulah dia bagi balik duit kitorang. Tu pon dah hujung bulan, pakai duit gaji la tu.



Kesimpulan

Janganlah kita mudah percaya orang. Zaman kini, hati budi seseorang itu tidak boleh dinilai melalui wajahnya, percakapannya dan perwatakannya. Untuk mengenali seseorang, mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Kena makan sama-sama, tidur serumah mandi sekali...haha.

selain itu, kesimpulan yang dapat saya buat ialah teknik penipuan ini merupakan teknik penipuan terbaru dimana si polan tidak akan lari setelah menipu, bahkan akan membuat mangsa tertunggu-tunggu sehinggalah perkara tersebut dilupakan. Bayangkanlah sampai member gua dah give-up dan nak lepaskan dia macam tu je. So, anda perlulah mempunyai semangat yang tinggi untuk mendapatkan duit anda kembali.

Agenda sebenar tuan syed masih lagi tidak diketahui. Adakah gua yang salah tafsir? tapi yang jelasnya dia telah banyak berbohong dengan memberikan alasan-alasan yang tidak munasabah untuk menagguh-nangguhkan agreement. So... kalau anda jumpa dia tepi kat jalan jangan lupa baling batu atau pun korek mata dia bak kata hanazakari.

Monday, March 30, 2009

Tuan syed part 2

part 2
sebelum mengakhiri perbincangan, khinzir (syed b**i) tersebut membuat satu panggilan telefon.

"hello, yunuih ke tu? tuan syed ni. dengar tak? TUAN SYED NI!!!! aku nak malam ni jugak kau kemas barang-barang tu, aku dah ada buyer ni. Bawak turun semua, 15 bijik." katanya.
("cehh...mcm real la.." dalam hati aku.)
saja je ckp tuan syed kuat2, p**imak betul...start dari situ lah kitorang panggil dia tuan syed.
"malam ni? agak-agak la bang, ada orang kerja ke malam-malam buta ni?"member aku tanya.
"ehhhhh..esok la, dah malam ni. ok chow." cepat-cepat dia coverline dan menamatkan
perbualannya.
setelah selesai perbincangan, kitorang pun chow dengan perasaan 50-50 (antara percaya x percaya). sebelum kitorang balik ke rumah masing-masing, kitorang lepak kat kedai makan dulu untuk bincang plan pasal esok. plan kitorang macam ni; esok call dia, ckp mak bapak kitorang x kasi bank-in, beli secara cash and carry. sebenarnya kitorang tak bagi tau mak bapak kitorang pon.
hari ke-2
lupa nak bagi tau, time ni mid-term break. so, aku free for the whole week. bangun je pagi-pagi dia dah call, "assalamualaikum...ha, macam mana? dah bank-in?"
"waalaikummussalam...errr...tak boleh la bang, mak bapak saya x kasi bank-in duit kat sebarangan orang. diorang suruh beli cash and carry." aku jawab.
"aduhhh...semalam tak nak cakap awal-awal, sekarang dah susah dah! korang tak percaya abang ke? aduhhh...macam mana sekarang?" dia soal dalam nada marah.
"cash and carry la bang."aku jawab balik.
"masalahnya abang nak bayar duit dekat orang lori tu..." balasnya.
"pakai duit abang dulu la." jawab aku.
"masalahnya takde duit, sebab tu la abang nak pakai duit korang. aduh.." katanya lagi.
"aduhhh...nanti saya call balik la, nak bincang dulu macam mana." aku menamatkan perbualan.
aku pun call member aku untuk bincang plan B. kemudian, kitorang decide ikut cara dia, tapi buat agreement dan ambil salinan i.c dan dokumen dokumen berkaitan. tapi sebelum tu ada adegan kelakar pasal tuan syed p**imak. dia call member aku pulak;
"apa cerita korang ni.." (dalam nada marah)
"assalamualaikum." tak sempat dia habis cakap, member aku bg salam.
"waalaikummussalam, macam mana korang ni...bla...bla...bla..." dia membebel kat kawan aku
pulak. masa ckp dengan aku lembut, bila tak dapat duit melenting sampai salam pun tak bagi.
kata alim sangat, belajar kat sekolah pondok la ada master in accauntant. F**K!!! pastu keje kastam. F**K!!! lagi sekali.
walaupun banyak tanda-tanda penipuan, kitorang tetap nak cuba nasib. saje nak menghabiskan masa cuti dengan kegiatan bisnes. so....aku dengan dua orang member yang free (baru balik kerja) pun pergi la jumpa dia lagi sekali dekat tempat sama. yang sorang tu takde kena mengena, saja nak jadi spy and back-up kitorang. apa-apa hal dia boleh flying kick. dua-dua memang hati macam ikan kering, minggu sebelumnya baru lepas gaduh besar-basaran sampai bocor kepala. aku suruh member aku cakap pulak kali ni, sebab aku tak reti nak betah.
"macam ni la bang, kitorang tak kenal abang. so, soal percaya tu tak perlu ada. kitorang ikut cara abang, tapi abang bagi la salinan i.c agreement dan sebagainya." member aku cakap. hasil perbincangan;


salinan i.c dia


agreement bodoh


resit cash deposit

walaupun kitorang tau agreement tu tak boleh buat apa-apa, kitorang tetap nak cuba nasib. kemudian kitorang pon follow dia bank-in duit. sebelum tu ada kejadian lawak lagi. tuan syed buat panggilan;

"assalamualaikum Ah Chong." dia memberi salam kepada seorang cina.

"alim sangat tu bang, sampai ah chong pon nak bagi salam.." member aku perli.

tak habis-habis nak tunjukkan dia tu alim. P**MAK!!!!


to be continued..
tunggu episode finale, aku dah malas nak tulis panjang-panjang. kalau nak ikutkan, kes ni sebulan baru settle

Friday, March 27, 2009

Tuan Syed (the begining)

kisah ini mengandungi bahasa-bahasa kesat yg mungkin kurang menyenangkan sesetengah pihak, tapi gua cuba tulis seformal yg boleh dalam bentuk novel.


Al-kisah

Pada suatu hari, member kolej gua bahiyudin (bukan nama sebenar) bagi tau gua bahawa ada seorang pakcik jiran rumah sewa dia nak jual laptop rampasan kastam dengan harga yg sangat murah. Gua pun jadi sangat teruja kerana laptop tersebut kalau kat market harga approximately RM4000 dan dia boleh 'cow-team' harga sampai RM800. Akibat sikap rakus dan tamak gua, gua pun pergilah jumpa dia kat rumah dia untuk deal.


Malam tu gua bawak 3 org member gua untuk deal sebab diorang pon nak beli juga laptop 'khayalan' tu. So, kitorang pun pergi....

"Assalamualaikum..." gua menyapa sambil berjabat tangan.

"waalaikummussalam.." si polan pun menjawab sambil berjabat tangan juga.

beberapa detik berkenalan, dia berbicara,

"takkan cakap kosong je? belanja la air ke...abang nak jual barang murah ni". Macam tu la lebih kurang dialog dia. OK gua pon panggil india mapley tu order air. Awal-awal lagi dah tunjuk perangai pukimak dia.

"hisap rokok? mintak sebatang." dia tanya gua.

"tak hisap.." gua cakap.

"baik betul korang, semua tak hisap rokok ke?" dia tanya..

"nah..." salah seorang member gua menghulurkan kotak rokok yg dia dapat masa kenduri hari sebelumnya sebab kitorang tolong cuci pinggan. dia pun ambil sebatang.

"hisap rokok tak semestinya jahat, tak hisap rokok tak semestinya baik..." member gua sambung. 2 daripada 3 member gua perokok, seorang lagi tak. termasuk gua, 2 orang la tak hisap rokok.

si polan tu pun seronok menyedut asap gabungan racun tikus, nikotin dan tar tersebut kemudian dia pun memulakan perbincangan yg ditunggu-tunggu...

"barang sekarang tak sampai lagi, kalau korang nak tgk, search kat internet ; Acer 16" singapore spec." katanya.

kebetulan member gua bawa laptop sekali time tu dan kat tempat tu pula ada wifi. So, kitorang pun search la internet....hasilnya;




bila tengok gambar dan spec dia, memang puas hati lah, core2 duo pulak tu. Lagi berkobar-kobar la semangat nak beli. Kemudian, dia tanya gua;

"member kau cakap kat kau abang nak tolak berapa?"

"mm...RM800." aku cakap.

"ehh..sedap-sedap je dia cakap 800 eh? abang nak tolak RM1000 sebijik mana boleh RM800 kalau kat kedai kau tau berapa? RM4000++ tau. Sebenarnya abang nak jual dekat orang yg nak pakai, macam student ke...abang tak nak jual dekat orang yg nak buat bisnes. Dulu abang jual dekat sorang mamat ni, dia buat bisnes. beli kat abang banyak2 pastu jual. abang tak nak macam tu, abang nak jual kat orang yg memerlukan." dia cakap. ("cehh..." dalam hati aku)

kemudian dia bagi tau cara nak deal...

"deal abang senang je. kau percaya abang, abang percaya kau. ok, esok sebelum pukul 2 pm kau masuk kan deposit RM1500 dalam akaun abang. Dalam masa 24 jam, barang akan sampai, korang datang ambik. lepas tu bawak balik rumah barang tu. check semua sampai puas hati, dalam masa 2 hari, bayar balance. Lepas tu abang bagi warranty, korang bagi nama penuh dengan no i.c korang." kitorang nak angkat 3 biji. so, deposit tinggi la.

"eh, banyak tu. mana boleh...mana ada duit." aku cakap.

"alah...bahagi la sorang 500. ok, kira cincai la..RM800 sebiji, lepas tu abang bagi korang extra 3 biji untuk tolong abang jual. korang letak la harga korang, mark-up tinggi-tinggi. yang penting korang bagi abang RM800 untuk sebiji laptop. ok?" katanya.

yang peliknya, tadi cakap taknak jual kat orang yang nak buat bisnes. haih...pelik.

"mm..kalau macam tu, deposit jadi RM2000 la sebab korang nak amik banyak. korang jangan risau, abang takkan tipu korang. korang boleh datang rumah abang, abang takkan lari punya. kalau tak percaya jugak kita boleh buat agreement, kau photostate i.c abang. Abang tak kisah punya." dia kata.

kami terdiam, cara dia cakap memang real.

"buat apa abang nak tipu korang? korang ingat abang boleh senang ke makan duit haram, abang dah la ada anak bini. korang teka berapa umur abang?" dia soal.

"35." member aku teka 2 orang serentak. "haha..serentak" diorang gelak sebab kelakar

"40, dah ada anak dua dah, takkan la abang nak tipu korang?" dia jawab.

("takde masalah pon kalau nak tipu" dalam hati aku.)

"sepatutnya abang memang tak boleh ambil duit korang, tapi abang nak bayar duit dekat orang yang nak hantar barang nanti. sebenarnya abang nak uji kepercayaan korang, mula-mula abang kena kan korang. bila korang dah dapat barang, korang kena kan abang balik. abang tak kesah kalau korang nak tipu abang, abang halal kan aje...tapi kau kena ingat, akhirat nanti kita jumpa kat padang mahsyar." jelasnya sambil menunding jari ke langit.

dalam sedar tak sedar, habis sekotak rokok member aku dia paw. memang pundek betul perangai dia...

to be cotinued...














Wednesday, March 11, 2009

One God One Message


This is a briefing explaination about what i have learnt. A true muslim must believe in the teaching of prophet Moses(nabi Musa a.s), Jesus (nabi Isa a.s) and prophet Muhammad s.a.w. A true muslim also have to believe on other prophet. I believe there are four divine book which is 'given' by Allah s.w.t to the prophet:


  1. Zabur-given to prophet David /nabi Dawud a.s (if i'm not mistaken, pls correct me)

  2. Torah (Taurat)-given to prophet Moses a.s

  3. Bible (Injil)- given to prophet Jesus a.s

  4. Al-Quran nurkarim-given to prophet Muhammad s.a.w

The teaching of Moses has been infiltrated and turned into the teaching of judaism which is the jews belief, while the teaching of Jesus also was infiltrated and turned into christianity. But don't think that the teaching of prophet Muhammad is not infiltrated, because as we can see muslims has divided into many sect and fighting each other, for example the shiites (puak shi'ah) and the sunni (puak sunnah).


The blame cannot be put on these believers, we are the victim of the infiltration. That's why we must know the real enemy. Quran has stated that Lucifer (Iblis) has promised to take human far from god (Allah s.w.t) and people who worship it (lucifer/Iblis/satan) is the real enemy. They have infiltrated the true message of god.


We have no rights to judge people. God is the one and only who will judge us. As long as they believe in god and not satan, they still have hope. For people who was born as a muslim, which is heir from their parent should be thankful because we are on a right track.


For detail, please watch: http://www.youtube.com/watch?v=Qrtdld2HuSQ&feature=channel (the divine book-10 episodes by noreagaa and archenar)


Please correct me if i'm wrong....and sorry because there is no explaination about Zabur and the teaching of prophet Daud because i'm still searching about it. And sorry for the f**kin' english....i'm just sharpen my skill.

Again, please correct me either on the information or my english. Because my english sucks.

Salam....

*p/s: do not confuse with the name or term used (torah, bible, moses, jesus,david, lucifer) because it has the same meaning with mentioned in the bracket.

Wednesday, February 11, 2009

Kebenaran lbh pelik dari cerita rekaan

(gambar hiasan, xde kena-mengena)

Gua telah menonton siri The Arrivals oleh noreagaa dan Archenar production (http://thearrivals.blogspot.com/) banyak
persoalan2 yg telah dijelaskan dan kebenarannya amat sukar diterima akal bagi masyarakat moden masa kini. Antara persoalan2nya ;
  1. siapakah firaun sekarang?
  2. golongan elit yg memerintah dunia menyembah syaitan?
  3. kenapa mereka menyembah syaitan walaupun percaya pada kewujudan tuhan?
  4. kenapa masjid al-aqsa mahu dirobohkan?
  5. kenapa agama yg percaya pada banyak tuhan tidak diganggu seperti agama islam dan kristian?
  6. dajjal sudah tiba? siapa/apa?
  7. apakah fungsi karpet/lantai kotak (checkered floor)?
  8. kenapa wtc diruntuhkan?
  9. kenapa wtc dibina?
  10. kenapa bangunan2 tinggi/ pencakar langit berkembar (twin tower) dibina?
  11. adakah semua orang yg bkn beragama islam jahat dan akan dimasukkan ke dalam neraka?
  12. wujudkah alien?
  13. wujudkah ufo?
  14. siapa yg menaja hitler utk membunuh org yahudi?
  15. pemerintahan sekular?

setelah anda mendapat jawapannya, anda pasti mengenal siapa musuh anda sebenarnya. walaupun kebenarannya sukar diterima, namun itulah hakikat. kesimpulannya segala maklumat perlulah dikaji sepenuhnya terlebih dahulu untuk mengetahui kesahihannya. maklumat yg berdasarkan bukti2 teori, pemerhatian dan pandangan tidak perlu anda percaya 100%. semuanya terpulang kepada anda, dimana analisis dibuat berasaskan pemikiran yg logik dan bukti2 pemerhatian. berpeganglah pada bukti2 Al-Quran dan Hadith yg sahih bagi yg beragama islam.

pilihan ditangan anda...

tiada paksaan...

buka minda dan berfikirlah secara logik dan waras...

*p/s: khas bg org2 yg masih dlm kekeliruan dan tdk menerima kenyataan...


Tuesday, February 3, 2009

definasi melayu

Layu, kata pokok bagi perkataan 'melayu'. Imbuhan 'me' ditambah untuk menjadikan bunyinya lebih sedap didengari. Persoalannya siapakah yang mencipta perkataan ini dan melabelkannya untuk penduduk bumiputera malaysia? adakah anda yang merupakan kaum melayu gembira dan bangga dengan nama tersebut? Kenapa tak tukar kepada perkataan yg positif, contohnya kembang, maju, bagus dan sebagainya.

hmm...taknak tulis panjang2. Isu ni sensitif, nanti keluar la segala maki hamun kat blog ni ( kalau ada orang baca).

Conclusion

Apa2 hal pon mesti ada conclusion kan? so...renung2kan lah apa dah jadi dengan orang melayu. Bak kata Tun Dr. M; "melayu mudah lupa". Dalam cite sepet, orang cine cakap; "bukan semua orang melayu malas" (mesej tersirat). Adakah kita ingin terus layu seperti pemain bola sepak negara kita yang dibarisi oleh kebanyakannya orang melayu? mengapa tidak seperti Dato' Lee Chong Wei dan Dato' Nicole Ann David?

saya pon orang melayu yang mudah lupa dan pemalas (cume rajin cket tulis blog ni sbb xde keje hehe). Jadi, saya ingin mengajak anda semua supaya kita sama2 cuba mengubah kenyataan tersebut bahawa org melayu tidak layu, malas, lupa, dan unta. Bak kata Hang Tuah pulak; "takkan Melayu hilang di dunia".

Tuesday, January 13, 2009

the R.A.H.M.A.N theory


dalam banyak-banyak subjek waktu spm, subjek sejarah merupakan subjek yang paling gua tak minat. boring....asyik dengar cikgu berceloteh tentang benda yang dah lepas (tapi penting sebenarnya). banyak pula benda yang perlu dihafal untuk jawab soalan ujian/exam nanti.


disebabkan subjek ni sangat boring dan gua tak dapat nak menghafal dengan baik. so, berbagai kaedah telah gua cuba misalnya untuk menghafal nama perdana menteri Malaysia; gunakan teori R.A.H.M.A.N...


iaitu mengikut turutan perdana menteri pertama,


  1. R= Tunku Abdul Rahman

  2. A= Tun Abdul Razak

  3. H=Tun Hussain Onn

  4. M=Tun Mahathir Muhammad

  5. A=Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (pak lah)

  6. N=?

kemungkinan besar jawatan perdana menteri yang seterusnya akan di pegang oleh Dato' Najib Tun Razak oleh kerana jawatan beliau sekarang adalah timbalan perdana menteri. namun begitu, persoalan mengenai "siapakah perdana menteri seterusnya?" kerap bermain difikiran saya...adakah Dato' Seri Najib Tun Razak atau pun Dato' Seri Anwar Ibrahim? ramai yg berpendapat bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri. jadi, mungkin jawatan perdana menteri selepas 'pak lah' masih lagi dalam huruf A=Anwar Ibrahim atau terus kepada huruf N yang merupakan huruf terakhir dalam teori R.A.H.M.A.N. jadi, mungkinkah selepas itu tiada lagi negara Malaysia?


penganalisis politik juga berpendapat bahawa 'kemungkinan besar' selepas jawatan perdana menteri dipegang oleh calon yg terakhir dalam teori tersebut, negara malaysia akan berada dalam keadaan kucar-kacir/darurat dan akhirnya musnah. sejauh mana kebenaran teori ini wallahualam (mungkin kebetulan)....setakat ini teori tersebut memang tepat pada sasarannya.


gua tak berani nak komen apa-apa kita tunggu dan lihatlah sahaja...


Thursday, January 8, 2009

Lost generation


nowadays, the youth of malaysia become addicted or avid of art. for example; they like photography, music, dance and many more. yes...art is interesting, good and it can make us to become a creative person.
(ceh..test power ckp english sket...ntah btol ntah tidak...)

ok...straight to the point, (gua tak suka tulis panjang-panjang) semua orang tahu open-minded memang bagus...tapi, berfikiran terbuka ada batasnya. dalam ajaran Islam pun ada mengajar kita supaya sentiasa bersederhana dalam apa jua sekali pun.

berdasarkan pemerhatian gua, budak-budak zaman sekarang memang open-minded. well, its a good thing right? but, akibat open-minded yg keterlaluan tanpa memikirkan tentang kesederhanaan, ramai diantara mereka telah menjadi free-thinker atau berfikiran bebas. maksudnya sehingga mereka hilang kepercayaan terhadap agama dan tuhan (khususnya yg beragama Islam).

kalau nak sebut pasal social life memang dahsyat la, sume stock macam dalam cite american pie je. ha...jangan terkejut, ingat kat malaysia aman damai budak-budak dia tak teruk ke? budak-budak homoseksual yg tak support band Hujan pun ramai tau...tu sume lost gen la tu, jangan terkejut.

so...apa kaitannya dengan seni?

kebanyakan free-thinker yg gua lihat kebanyakannya org seni, gua malaslah nak sebutkan nama-nama orang tersebut, tapi kalau nak bukti pergi lah ke central market (cm) perhatikan orang-orang seni kat situ dan cubalah temu ramah mereka. gua gerenti (kot?) mesti anda akan pening dengan jawapan-jawapan seni diorang dan kebanyakan dari mereka gay, member gua punye membe pun ada yang free-thinker jugak.

bagaimana boleh lost?

manusia memang memerlukan hiburan, tanpa hiburan manusia akan jadi ganas. tu yang ustaz gua cakap...tetapi haruslah ada batasnya.

ya...gua sendiri memang suka enjoy, minat seni dan kadang-kadang 'lost' sikit. semua ini boleh terjadi apabila seseorang itu terlalu taksub dengan sesuatu. contohnya art, apabila kita asyik nak berkarya...kita akan lupa segalanya dan kadang-kadang boleh 'high'. itu lah pemerhatian gua terhadap seni dan orang-orang yg menggilainya sehingga gila dibuatnya. gua telah perhatikan banyak performance-performance art...memang gua tak paham dengan apa yg diorang sampaikan. siapa yg pernah tgk, tak payah la buat-buat faham...tapi bagi yg betul-betul faham bagus la.

untuk pengetahuan anda, dunia hiburan juga telah diselitkan dengan unsur-unsur illuminati, contohnya black metal. tidak kurang juga dalam lagu-lagu america sekarang seperti madonna dan micheal jackson. jadi, lebih baik kita berwaspada...

link;


yang paling mengejut kan gua adalah kumpulan dewa juga banyak menunjukkan petanda-petanda illuminati...tapi sejauh mana kebenarannya...wallahualam...


link;
http://www.mail-archive.com/kimia_ui@yahoogroups.com/msg00064.html

conclusion

penulisan ini adalah peringatan, khasnya kepada generasi muda yg asyik dengan seni mereka (kononnya) supaya jangan terlalu taksub dengannya. tidak lupa juga peringatan terhadap diri gua sendiri...
apa yang paling penting janganlah kita taksub terhadap sesuatu kerana ia merupakan satu dosa kalau tak silaplah, ustaz gua cakap dulu. so...apa-apa pun sekali lagi saya ulangi tujuan saya adalah untuk saling ingat-mengingati dan berpesan-pesan...coz i'm not perfect either.

well, that's all folks
wassalam...

Wednesday, January 7, 2009

Anwar spy illuminati?


INTRODUCTION

sebenarnya gua takut-takut nak tulis pasal benda ni, takut tanggapan gua salah dan ini akan menyebabkan gua telah melakukan satu dosa besar iaitu menfitnah. tapi...walau apapun ini cuma pendapat ataupun suara hati gua hasil daripada penelitian dan perbincangan antara berbagai pihak.

kita pernah dengar macam-macam tentang beliau, ada yg cakap beliau seorang pemimpin yg berwibawa tidak kurang juga yg cakap beliau seorang yg kuat seks dan sebagainya . hmm..kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang kan? so...gua assume sume benda tu adalah 50-50 (antara betul dan tidak betul). kalau nak diikutkan pengalaman gua, semua gosip biasanya betul. sebagai contoh artis-artis malaysia yg orang kata perangai teruk, minum arak, skandal sana-sini padahal semuanya betul, gua nampak dengan mata kepala gua sendiri perangai diorang. biasalah...kehidupan sosial seorang artis memang tinggi, mereka bebas bergaul sehingga sanggup menjual tubuh untuk dapat job.

jadi, berdasarkan pemerhatian gua...gua rasa segala spekulasi yg buruk terhadap menteri-menteri atau pegawai kerajaan atau bukan kerajaan adalah benar.

BUKTI 1
berbalik kepada tajuk asal tadi...apa yg gua cuba sampaikan adalah kita pernah dengar orang kata Anwar pernah berurusan dengan pihak amerika malah ada yg kata beliau spy amerika. ada juga yg kata beliau telah melarikan wang kerajaan berbillion-billion ke bank negara swiss kalau tak silap gua, oleh kerana itu lah beliau telah di pecat oleh Tun Mahathir. malah gua juga pernah dengar cerita bahawa beliau pernah berjumpa pope.

BUKTI 2
satu lagi petanda yg gua rasa paling ketara adalah lambang PKR itu sendiri, cuba anda perhatikan betul-betul lambang tersebut....















tidakkah ia menyerupai lambang mata?
juga boleh kita lihat pada lambang illimunati iaitu the 'all seeing eye'...



















jadi, apa pendapat anda?
sekali mungkin hanya pemberitahuan,
dua kali mungkin kebetulan,
kali ketiga adalah tindakan musuh....
(terjemahan ayat dari seorang ahli falsafah yg gua tak ingat nama dia)

CONCLUSION
secara jujurnya...dahulu kala gua memang salah seorang penyokong Anwar dan amat mengagumi kebolehan beliau, tetapi setelah berbagai spekulasi dan hasil pemerhatian, gua telah mula hilang kepercayaan terhadap beliau.

walaupun apa yg gua tulis ini berkaitan dengan parti pembangkang, tidaklah bermakna gua sokong government 100%, tapi setakat ini alhamdulillah...negara kita dalam keadaan aman tapi tak tahu sampai bila boleh bertahan. gua tahu, orang kerajaan pun memang ada korupsi...benda ni memang tak boleh lari dalam dunia politik dan dunia pekerjaan dan hasilnya adalah binasa (bukit antarabangsa)...

satu lagi benda yg gua nak cakap pasal Anwar:- sekiranya tuduhan meliwat keatasnya tidak benar, kenapa beliau tidak mahu mengangkat sumpah? bak kata pepatah melayu; "berani kerana benar dan takut kerana salah" kan?

banyak agenda orang-orang politik seperti beliau yg tak mampu untuk kita fikirkan, jika difikirkan juga botak kepala hotak.....jadi pilihlah pemimpin dengan cermat jangan sampai hak dan negara sendiri tergadai, kemudian barulah menyesal....

illuminati = dajjal?


Apa itu illuminati?

illuminati ialah sebuah organisasi yg dianggotai oleh beberapa golongan yg bijak-pandai tapi jahat atau licik, dari pelbagai negara. organisasi imemperkenalkan NEW WORLD ORDER (NWO) dimana cita-cita mereka adalah untuk menjadi sebuah kerajaan dunia yg memerintah dan mengawal segala kejadian di muka bumi ini termasuklah ekonomi, politik dan sebagainya(infact, memang diorang telah berjaya mencapai cita-cita tersebut). Organisasi ini dikepalai oleh orang-orang ekstrimis yahudi yg kononnya bijak-pandai (padahal mmg pandai pon) yg dari dulu nak balas dendam terhadap orang-orang islam.
link;
http://www.youtube.com/watch?v=m89SB59DT34atch?v=m89SB59DT34

Apa yang mereka dah buat?

setelah kajian demi kajian telah dibuat oleh berbagai pihak termasuk orang amerika sendiri, kejadian 11 september dimana runtuhnya WTC adalah dirancang oleh mereka dan kemudiannya menyalahkan orang-orang islam yg dianggap ekstrimis. Buktinya boleh dilihat di

http://www.youtube.com/watch?v=wbCcb6NV8Io&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=BmP2Vy8K0i0&feature=related
p/s: cari sendiri la lg klu x puas hati

itu baru satu je contoh perbuatan dorang, klu nak ikutkan byk, sampai mampos pon tak abis nak cite....(malas nak guna ayat skema dah, gua bkn org jenis pandai wat karangan...sorry..)
dalam sedar x sedar...dorang juga telah mengawal ekonomi seluruh negara, buktinya matawang amerika.
http://www.youtube.com/watch?v=7MCoF6W5WkQ&feature=PlayList&p=1B762F9FE6E7EB5F&playnext=1&index=39
segala kekayaan yang mereka perolehi adalah dari kita sendiri, dimana banyak wang telah dibelanjakan secara tidak sedar ke produk-produk buatan mereka seperti;



Apa itu Dajjal?



















bagi muslimin dan muslimat mesti dah tau apa itu dajjal kan? mesti ustaz, ustazah, atuk, nenek , ayah atau mak korang ada cite pasal dajjal kan? ok...skg ni terdapat dua teori tentang dajjal;


teori 1; dajjal adalah satu bentuk ideologi

teori ini mengatakan bahawa dajjal itu telah wujud sekarang dimana semua ciri-ciri yg disebut dlm Al-Quran serupa dengan ciri-ciri yg kita nampak tapi tak perasan. contohnya;

  • djjal bermata satu, benda ni kita blh rujuk pada lambang 'the all seeing eye' yg terdapat pada dollar america,















  • dajjal boleh menyebarkan maklumat sepantas kilat, itu adalah internet
  • dajjal boleh bergerak seperti angin=jet pejuang
  • dajjal boleh membelah gunung-ganang, itu boleh dikaitkan dgn bom atom, bom nuklear dan macam2 jenis bom lah.
  • segala pembohongan dajjal akan dipercayai semua orang, kes ni boleh dikaitkan dengan tragedi 11 september...ramai kena tipu termasuk gua.
  • apabila bertemu dajjal, maka orang islam tidak mengaku islam. situasi ini boleh terjadi, sbg contoh cuba anda meletakkan diri anda dalam situasi dimana negara kita sedang berperang dgn israel. kemudian tentera israel ingin membunuh orang islam sahaja, tiba-tiba sebuah senapang dihalakan tepat dikepala anda dan tentera itu bertanya; are you muslim? apakah jawapan anda? sekiranya iman dan amalan anda kuat dan mencukupi memang mudah untuk menjawab soalan tersebut. bayangkan mereka yang kurang iman seperti mat rempit-mat rempit, apakah jawapan mereka? mungkin mereka sanggup tidak mengaku islam sedangkan sekarang pun mereka telah banyak melakukan perkara-perkara yang membawa kepada murtad.

itu lah sedikit sebanyak contoh yg mampu gua beri..hasil dari bacaan sebuah article dan beberapa perbincangan dengan ustaz dan ustazah gua dulu. untuk lebih detail blh tgk ni;

http://www.youtube.com/watch?v=le_ySMrOkFU&feature=PlayList&p=07774CD42935A66D&index=0&playnext=1


teori 2; dajjal adalah satu individu atau manusia berjasad


teori ini merupakan teori yang ramai orang percaya hasil pemahaman secara kasar dimana dajjal akan muncul di akhir zaman seperti rasaksa bermata satu yg bergerak seperti angin, boleh potong gunung, dan sebagainya.

Conclusion;

secara keseluruhannya bukanlah saya nak mengatakan mana-mana teori identiti dajjal itu adalah betul, cuma saya ingin membuka minda para pembaca supaya berfikir dari sudut yang lain dan saling ingat-mengingati atau berpesan-pesan antara satu sama-lain. secara jujurnya saya sendiri tidak pasti bagaimana rupa bentuk dajjal itu.

artikel yang mengatakan dajjal adalah satu ideologi itu sendiri telah menyatakan ketidakpastiannya terhadap teori tersebut, tetapi apa yg penting adalah lebih baik kita menganggap bahawa dajjal itu telah pun wujud dikalangan kita kerana dajjal tidak akan mengaku bahawa dirinya itu dajjal. sekiranya ia mengaku dirinya dajjal, senanglah kita untuk membuat persediaan dan bertaubat. maka, eloklah kita membuat persediaan lebih awal...sesungguhnya petanda-petanda akhir zaman seperti yang dijelaskan didalam Al-Quran telah banyak dan boleh dilihat dengan jelas cuma kita yg tidak menyedarinya.

anda boleh melawat blog;

http://dajjal.wordpress.com/2008/11/04/adab-memahami-permasalahan-dajjal/

utk mengetahui adab2 membincangkan tentang dajjal dan mendalami segala yg dibincangkan didalamnya.
sekiranya ada masa terluang dan terbuka hati carilah maklumat-maklumat seumpanya dan bolehlah dikongsi bersama.

akhir kata; saya budak baru belajar, kalau salah tolong ajarkan.
sekian, wassalam...