Monday, April 6, 2009

Tuan Syed finale


wajah penipu terkemuka, kalau jumpa lari cepat-cepat ataupun baling batu kat belakang leher dia


Akhirnya, benda yang paling kitorang risau-risaukan menjadi kenyataan. Dia mula menangguh-nangguhkan masa cakap barang tak lulus lagi kena lalui macam-macam prosedur. Tapi, yang peliknya dia jawab call, message pon balas. 'Cara' dia tu memang professional lah bak kata orang. kalau penipu, biasanya dah cabut. tak angkat telefon.

kitorang pon layankan je lah....macam-macam alasan dia bagi.

Sampailah suatu hari, kitorang dah hilang sabar. Kitorang ambush rumah dia, empat orang. berlagak macam gangster, tapi kalau tengah panas yang tak gangster pon boleh jadi gangster. Time tu dah standby hammer dalam baju, silap cakap je memang kena hayun la. Kitorang dah tak nak tunggu lagi, mintak duit balik. Setelah selesai berbincang, dia pun setuju nak bagi duit esok. Nasib baik takde pertumpahan darah kat situ.

Tapi, tidak semudah itu....esoknya dia cuma bagi RM300 je. kitorang tak puas hati, so cagar barang-barang dia. yang dapat cuma handset yang tak seberapa je. Tengok kat wallet dia cuma ada duit indon je. betul-betul sengkek.

Selang beberapa hari, setelah kitorang desak dia. Dia cakap dia masukkan cheque deposit, so kena tunggu 3 hari la. memang licik...

seperti yang dijangka lagi, dah 3 hari cheque tak clear juga. Gua pun ugut dia cakap nak report polis dan akhirnya barulah dia bagi balik duit kitorang. Tu pon dah hujung bulan, pakai duit gaji la tu.



Kesimpulan

Janganlah kita mudah percaya orang. Zaman kini, hati budi seseorang itu tidak boleh dinilai melalui wajahnya, percakapannya dan perwatakannya. Untuk mengenali seseorang, mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Kena makan sama-sama, tidur serumah mandi sekali...haha.

selain itu, kesimpulan yang dapat saya buat ialah teknik penipuan ini merupakan teknik penipuan terbaru dimana si polan tidak akan lari setelah menipu, bahkan akan membuat mangsa tertunggu-tunggu sehinggalah perkara tersebut dilupakan. Bayangkanlah sampai member gua dah give-up dan nak lepaskan dia macam tu je. So, anda perlulah mempunyai semangat yang tinggi untuk mendapatkan duit anda kembali.

Agenda sebenar tuan syed masih lagi tidak diketahui. Adakah gua yang salah tafsir? tapi yang jelasnya dia telah banyak berbohong dengan memberikan alasan-alasan yang tidak munasabah untuk menagguh-nangguhkan agreement. So... kalau anda jumpa dia tepi kat jalan jangan lupa baling batu atau pun korek mata dia bak kata hanazakari.

7 comments:

  1. bli kt warehouse sale pn okie kot.
    bgus la da hbs teledrama tuan syed nie.
    avid tu i wait for the finale.haha
    jgn ade season 2 suda.

    ReplyDelete
  2. hahaha
    hmm...'tuan syed kembali' kot

    ReplyDelete
  3. a'ah, handsome mcm khairul a.k.a botax

    ReplyDelete
  4. saba2. manusia skrg lebih banyak pentingkan diri sendiri. haih ;p

    ReplyDelete