Saturday, July 18, 2009

United We Stand Divided We Fall

bersatu kita teguh bercerai kita roboh. ayat ni memang dah jemu kita dengar...
tapi, ia sememangnya penting bagi kita dalam mengatasi musuh terutamanya yg mengamalkan taktik 'divide and conquer' atau 'bahagi dan takluk'. taktik ini memang dapat kita lihat dengan jelas sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi, cuma kita yg tidak menyedarinya. musuh yang saya maksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah para illuminati, freemason dan yg seangkatan dengannya. jika kita kaji denagn lebih dalam, penjajah yg menjajah negara kita adalah dari golongan2 ini. petikan dari sebuah blog:

"Siapakah Stamford Raffles itu?Beliau adalah ahli Freemason peringkat tertinggi dan ditahbiskan sebagai anggota pertubuhan syaitan itu pada 5 Julai 1813 di Lodge De Vriendschap,Surabaya.Apa yang ahli sejarah tanahair buat di dalam pejabat-pejabat mereka?Adakah di dalam tempurung minda mereka itu masih memikirkan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light?Damn!Bangsa yang tidak memiliki sejarah masa lalu adalah bangsa yang tidak punya cerita masa depan."

untuk maklumat lanjut click sini

saya berasa sedih apabila terbaca sebuah blog yg mengatakan puak shi'ah adalah tentera dajjal. ( click sini sbg link ke blog tersebut). sebagai umat islam, kita seharusnya bersatu. tidak bernas langsung jika kita menuduh puak seagama dengan kita sebagai dajjal. bak kata pepatah, 'tak kenal maka tak cinta'. maksud saya kalau setakat dengar dari sumber yg tidak berapa pasti kesahihannya, lebih baik jangan buat tuduhan melulu. carilah bukti yg sahih, kerana media massa sekarang telah banyak dimanipulasi demi kepentinagn sendiri. untuk memuaskan hati, bergaullah sendiri dengan mereka supaya lebih mengenali hati budi mereka. sebenarnya inilah yg dimahukan oleh pihak musuh bg memecah-belahkan kita supaya mereka dapat mengawal kita.
cuba anda renungkan, mengapa agama yg menyembah banyak tuhan (hindu, budha, etc.) dan bukannya 'satu' tuhan (islam, kristian dan yahudi) tidak pernah diganggu atau dilagakan walaupun hanya sekali? itulah yg membezakan antara agama yg benar dan agama yg dicipta oleh manusia itu sendiri.
seorang muslim yg sejati sepatutnya sedar bahawa ajaran yahudi yg asalnya dibawa oleh Nabi Musa dan ajaran kristian yg asalnya dibawa oleh Nabi Isa sebenarnya merupakan satu ajaran yg sama dengan ajaran Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. cuma ianya telah dipesongkan oleh golongan tertentu dengan tipu daya Iblis itu sendiri.
untuk maklumat lanjut tengok siri The Arrivals ini:



walau apa pun, ini hanyalah pendapat saya. sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui, namun kita haruslah bijak menggunakan akal fikiran. malulah... orang yg cetek ilmu seperti saya pon tidak menuduh sebarangan (kecuali illuminati...haha).
post ini berkesinambungan dengan apa yg ingin saya jelaskan pada post yg lepas, iaitu:

*p/s: vid youtube The Arrivals tu aku jumpa yg ada subtitle arab je, sbb yg lain sume audio disabled.

Wednesday, July 15, 2009

Illuminati, Freemason dan Dajjal

disebabkan gua rasa ramai yg x brp berminat nak tgk siri The Arrivals sampai habis, jadi gua cuba post salah satu episode yg agak menarik dan penting bg kita mengetahui keadaan sebenar. yg ni siap ada subtitle lg (thnx to sukkee 3x)...diharap ia dapat menarik minat anda untuk menonton siri ini sampai habis. sila tgk minit 9:46 ada gmbr klcc tu...bangga...

gua percaya bg sesiapa yg belum tgk siri2 sebelumnya mesti x brp paham dgn simbol2 dan senibina2 yg di bina oleh 'tukang2 batu bebas' (freemasons). jd tgk la semua siri sampai habis...kemudian anda akan dapat lihat kaitan antara illuminati, freemason dan dajjal itu sendiri. lu pikir lah sendiri...

insyaAllah lps ni pandangan dan matlamat anda mungkin akan lebih jelas...tapi kita perlulah sentiasa beringat-ingat kerana sifat manusia itu pelupa. kira macam motivasi la...muhasabah diri....wAllahualam

*p/s: gua ckp pandai, tp diri sendiri pon x betul. tapi gua akan cuba memperbaiki diri...insyaAllah.

antara persoalan yg timbul boleh check kat sini