Friday, December 11, 2009

Modern western civilization


knowledge=money=power


from knowledge we can make money with the information gained;
so,
knowledge=money


money can buy anything, which mean money gives power;
so,
money=power


betullah apa yg org ckp, "knowledge is power".
knowledge=power



duit memang boleh membahagiakan.


duit mmg boleh memberi kebahagiaan sekiranya kita nak pakai kereta ferrari, mercedes atau kereta2 lain yg gempak dan harga berjuta-juta dolar. nak duduk dekat rumah besar gila babi sampai tahap anjing kurap. nak makan makanan yg mahal dan eksklusif. nak langgan semua pelacur yg hot2 dan tahap super model dlm dunia ni.


tetapi, semuanya sementara. kaji balik apa tujuan kita hidup. nak kaya memang tak salah, cuma tujuannya kenalah betul. takkan semata2 nak hidup mewah dan materialistik?


saya sendiri masih keliru bagaimana untuk hidup dalam sistem dajjal ini. sama-samalah kita mencari konklusi.


revolusi pleaseee

Monday, November 16, 2009

Mengapa Yahudi Bijak?


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Sunday, November 15, 2009

Sistem Ekonomi Islam

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Rencana ini ialah subrencana fiqh dan Undang-undang dan ekonomi.
Dengan melakukan istiqra` terhadap hukum-hukum syara' yang menyangkut masalah ekonomi, akan dapat disimpulkan bahawa Sistem Ekonomi (an-nizham al-iqtishadi) dalam Islam mencakup pembahasan yang menjelaskan asas-asas yang membangun sistem ekonomi Islam terdiri dari atas tiga asas :
  • bagaimana cara memperoleh kepemilikan harta kekayaan (al-milkiyah)?
  • bagaimana pengelolaan kepemilikan harta kekayaan yang telah dimiliki (tasharruf fil milkiyah)?
  • bagaimana cara edaran kekayaan tersebut di tengah-tengah masyarakat (tauzi'ul tsarwah bayna an-naas)?

Pertama : Cara Pemilikan Harta Dalam Islam (Al-Milkiyah)

Sistem Ekonomi Islam berbeza sama sekali dengan sistem ekonomi kufur buatan manusia. Sistem ekonomi Islam adalah sempurna kerana berasal dari wahyu, dan dari segi pemilikan, ia menerangkan kepada kita bahawa terdapat tiga jenis pemilikan:-
  • Hak Milik Umum: meliputi mineral-mineral dalam bentuk pepejal, cecair dan gas termasuk petroleum, besi, tembaga, emas dan sebagainya yang didapati sama ada di dalam perut bumi atau di atasnya, termasuk juga segala bentuk tenaga dan intensif tenaga serta industri-industri berat. Semua ini merupakan hak milik umum dan wajib diuruskan (dikelola) oleh Daulah Islamiyah(negara) manakala manfaatnya wajib dikembalikan kepada rakyat
  • Hak Milik Negara meliputi segala bentuk bayaran yang dipungut oleh negara secara syar’ie dari warganegara, bersama dengan perolehan dari pertanian, perdagangan dan aktiviti industri, di luar dari lingkungan pemilikan umum di atas. Negara membelanjakan perolehan tersebut untuk kemaslahatan negara dan rakyat
  • Hak Milik Individu: selain dari kedua jenis pemilikan di atas, harta-harta lain boleh dimiliki oleh individu secara syar’ie dan setiap individu itu perlu membelanjakannya secara syar’ie juga.
Kedua : Cara Pengelolaan Kepemilikan (At-Tasharruf Fi Al Milkiyah)

Secara dasarnya, pengelolaan kepemilikan harta kekayaan yang telah dimiliki mencakup dua kegiatan, iaitu:-
  1. Pembelanjaan Harta (Infaqul Mal)Pembelanjaan harta (infaqul mal) adalah pemberian harta kekayaan yang telah dimiliki. Dalam pembelanjaan harta milik individu yang ada, Islam memberikan tuntunan bahawa harta tersebut haruslah dimanfaatkan untuk nafkah wajib seperti nafkah keluarga, infak fi sabilillah, membayar zakat, dan lain-lain. Kemudian nafkah sunnah seperti sedekah, hadiah dan lain-lain. Baru kemudian dimanfaatkan untuk hal-hal yang mubah (harus). Dan hendaknya harta tersebut tidak dimanfaatkan untuk sesuatu yang terlarang seperti untuk membeli barang-barang yang haram seperti minuman keras, babi, dan lain-lain.
  2. Pengembangan Harta (Tanmiyatul Mal)Pengembangan harta (tanmiyatul mal) adalah kegiatan memperbanyak jumlah harta yang telah dimiliki. Seorang muslim yang ingin mengembangkan harta yang telah dimiliki, wajib terikat dengan ketentuan Islam berkaitan dengan pengembangan harta. Secara umum Islam telah memberikan tuntunan pengembangan harta melalui cara-cara yang sah seperti jual-beli, kerja sama syirkah yang Islami dalam bidang pertanian, perindustrian, maupun perdagangan. Selain Islam juga melarang pengembangan harta yang terlarang seperti dengan jalan aktiviti riba, judi, serta aktiviti terlarang lainnya.

Pengelolaan kepemilikan yang berhubungan dengan kepemilikan umum itu adalah hak negara (Daulah Islamiyah), kerana negara (Daulah Islamiyah) adalah wakil ummat. Meskipun menyerahkan kepada negara (Daulah Islamiyah) untuk mengelolanya, namun Allah SWT telah melarang negara (Daulah Islamiyah) untuk mengelola kepemilikan umum tersebut dengan jalan menyerahkan penguasaannya kepada orang tertentu. Sementara mengelola dengan selain dengan cara tersebut diperbolehkan, asal tetap berpijak kepada hukum-hukum yang telah dijelaskan oleh syara'.
Adapun pengelolaan kepemilikan yang berhubungan dengan kepemilikan negara (Daulah Islamiyah) dan kepemilikan individu, nampak jelas dalam hukum-hukum baitul mal serta hukum-hukum muamalah, seperti jual-beli, gadai (rahn), dan sebagainya. As Syari' juga telah memperbolehkan negara (Daulah Islamiyah) dan individu untuk mengelola masing-masing kepemilikannya, dengan cara tukar menukar (mubadalah) atau diberikan untuk orang tertentu ataupun dengan cara lain, asal tetap berpijak kepada hukum-hukum yang telah dijelaskan oleh syara’.

Ketiga : Cara Edaran Kekayaan Di Tengah Masyarakat (Tauzi'ul Tsarwah Tayna An-Naas)


Kerana edaran harta kekayaan termasuk masalah yang sangat penting, maka Islam memberikan juga berbagai ketentuan yang berkaitan dengan hal ini. Mekanisme edaran harta kekayaan terwujud dalam hukum syara’ yang ditetapkan untuk menjamin pemenuhan barang dan perkhidmatan bagi setiap individu rakyat. Mekanisme ini dilakukan dengan mengikuti ketentuan sebab-sebab kepemilikan (contohnya, bekerja) serta akad-akad muamalah yang wajar (contohnya jual-beli dan ijarah).
Namun demikian, perbezaan potensi individu dalam masalah kemampuan dan pemenuhan terhadap suatu keperluan, boleh menyebabkan perbezaan edaran harta kekayaan tersebut di antara mereka. Selain itu perbezaan antara masing-masing individu mungkin saja menyebabkan terjadinya kesalahan dalam edaran harta kekayaan. Kemudian kesalahan tersebut akan membawa hanya harta kekayaan teredar kepada segelintir orang saja, sementara yang lain kekurangan, sebagaimana yang terjadi akibat penimbunan harta, seperti emas dan perak.
Oleh kerana itu, syara' melarang berputarnya kekayaan hanya di antara orang-orang kaya namun mewajibkan perputaran tersebut terjadi di antara semua orang. Allah SWT berfirman :
"Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu." (QS. Al-Hasyr : 7)
Di samping itu syara' juga telah mengharamkan penimbunan emas dan perak (harta kekayaan) meskipun zakatnya tetap dikeluarkan. Dalam hal ini Allah SWT berfirman :
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih." (QS. At-Taubah : 34)


Mekanisme Sistem Ekonomi Islam


Secara umum mekanisme yang ditempuh oleh sistem ekonomi Islam dikelompokkan menjadi dua, iaitu:

1.Mekanisme ekonomi


Mekanisme ekonomi adalah mekanisme melalui aktiviti ekonomi yang bersifat produktif, berupa berbagai kegiatan pengembangan harta (tanmiyatul mal) dalam akad-akad muamalah dan sebab-sebab kepemilikan (asbab at-tamalluk). Berbagai cara dalam mekanisme ekonomi ini, antara lain :

  • Membuka kesempatan seluas-luasnya bagi berlangsungnya sebab-sebab kepemilikan dalam kepemilikan individu (misalnya, bekerja di sektor pertanian, industri, dan perdagangan)
  • Memberikan kesempatan seluas-luasnya bagi berlangsungnya pengembangan harta (tanmiyah mal) melalui kegiatan investasi (misalnya, dengan syirkah inan, mudharabah, dan sebagainya).
  • Larangan menimbun harta benda (wang, emas, dan perak) walaupun telah dikeluarkan zakatnya. Harta yang ditimbun tidak akan berfungsi pada ekonomi. Pada gilirannya akan menghambat peredaran kerana tidak terjadi perputaran harta.
  • Mengatasi peredaran dan pemusatan kekayaan di satu daerah tertentu saja misalnya dengan memeratakan peredaran modal dan mendorong tersebarnya pusat-pusat pertumbuhan.
  • Larangan kegiatan monopoli, serta berbagai penipuan yang dapat menjamin pasaran.
    Larangan judi, riba, rasuah, pemberian barang dan hadiah kepada penguasa. Semua ini akan mengumpulkan kekayaan pada pihak yang kuat semata (seperti penguasa atau koperat).
  • Memberikan kepada rakyat hak pemanfaatan barang-barang milik umum (al- milkiyah al-amah) yang dikelola negara seperti hasil hutan, barang galian, minyak, elektrik, air dan sebagainya demi kesejahteraan rakyat.

2.Mekanisme Non-Ekonomi


Mekanisme non-ekonomi adalah mekanisme yang tidak melalui aktiviti ekonomi yang produktif, melainkan melalui aktiviti non-produktif, misalnya pemberian (hibah, sedekah, zakat, dll) atau warisan. Mekanisme non-ekonomi dimaksudkan untuk melengkapi mekanisme ekonomi. Iaitu untuk mengatasi peredaran kekayaan yang tidak berjalan sempurna jika hanya mengandalkan mekanisme ekonomi semata.
Mekanisme non-ekonomi diperlukan baik kerana adanya sebab-sebab alamiah maupun non-alamiah. Sebab alamiah misalnya keadaan alam yang tandus, badan yang cacat, akal yang lemah atau terjadinya musibah bencana alam. Semua ini akan dapat menimbulkan terjadinya gangguan ekonomi dan terhambatnya edaran kekayaan kepada orang-orang yang memiliki keadaan tersebut. Dengan mekanisme ekonomi biasa, edaran kekayaan boleh tidak berjalan kerana orang-orang yang memiliki hambatan yang bersifat alamiah tadi tidak dapat mengikuti kegiatan ekonomi secara normal sebagaimana orang lain. Bila dibiarkan saja, orang-orang itu, termasuk mereka yang tertimpa musibah (kecelakaan, bencana alam dan sebagainya) makin terpinggirkan secara ekonomi. Mereka akan menjadi masyarakat yang miskin terhadap perubahan ekonomi. Bila terus berlanjutan, boleh menyebabkan munculnya masalah sosial seperti jenayah (curi, rompak), rogol (pelacuran) dan sebagainya, bahkan mungkin revolusi sosial.
Mekanisme non-ekonomi juga diperlukan kerana adanya sebab-sebab non-alamiah, iaitu adanya penyimpangan mekanisme ekonomi. Penyimpangan mekanisme ekonomi ini jika dibiarkan akan boleh menimbulkan ketimpangan edaran kekayaan. Bila penyimpangan terjadi, negara wajib menghilangkannya. Misalnya jika terjadi monopoli, hambatan masuk, baik administratif maupun non-adminitratif-- dan sebagainya, atau kejahatan dalam mekanisme ekonomi (misalnya penimbunan), harus segera dihilangkan oleh negara.
Mekanisme non-ekonomi bertujuan agar di tengah masyarakat segera terwujud keseimbangan (al-tawazun) ekonomi, yang akan ditempuh dengan beberapa cara. Penedaran harta dengan mekanisme non-ekonomi antara lain adalah :

  • Pemberian harta negara kepada warga negara yang dinilai memerlukan.
  • Pemberian harta zakat yang dibayarkan oleh muzakki kepada para mustahik.
  • Pemberian infaq, sedekah, wakaf, hibah dan hadiah dari orang yang mampu kepada yang memerlukan.
  • Pembagian harta waris kepada ahli waris dan lain-lain.


Demikianlah gambaran sekilas tentang asas-asas sistem ekonomi Islam. Untuk memberikan pemahaman yang lebih luas dan dalam, maka perincian seluruh aspek yang dikemukakan di atas perlu dilakukan.

Perekonomian Islam


Perekonomian Islam ialah ekonomi menurut undang-undang Islam. Adanya dua paradigma untuk memahami Perekonomian Islam, dengan satunya menganggap rangka politik Islam (iaitu Khilafah), dan yang lain itu menganggap rangka politik bukan Islam yang melahirkan suatu paradigma yang bertujuan untuk menyepadukan sesetengah rukun Islam yang terkenal ke dalam sebuah rangka ekonomi sekular.
Paradigma pertama bertujuan untuk mentakrifkan semula masalah ekonomi sebagai suatu masalah pengagihan sumber untuk mencapai:

  • keperluan-keperluan asas dan mewah para orang perseorangan di dalam masyarakat;
  • membina pasaran etika yang mempunyai persaingan kerjasama;
  • memberikan ganjaran kepada penyerta-penyerta kerana terdedah kepada risiko dan/atau liabiliti;
  • membahagikan harta-harta secara adil antara kegunaan awam dan kegunaan peribadi; dan
  • negara memainkan peranan yang jelas terhadap pengawasan, percukaian, pengurusan harta awam dan memastikan peredaran kekayaan.


Gerakan-gerakan Islam yang menyeru agar politik dibaharui umumnya akan mencadangkan paradigma ini untuk menjelaskan bagaimana mereka akan memperkenalkan pembaharuan ekonomi. Bagaimanapun, paradigma kedua hanya mencadangkan dua hukum utama, iaitu:


Perbezaan utama dari segi kewangan ialah peraturan tiada faedah kerana paradigma pelaburan Islam yang menepati tanggungjawab sosial tidak amat berbeza dengan apa yang diamalkan oleh agama-agama yang lain. Dalam percubaannya untuk melarang faedah, ahli-ahli ekonomi Islam berharap untuk menghasilkan sebuah masyarakat yang lebih bersifat Islam. Bagaimanapun, gerakan-gerakan liberal dalam agama Islam mungkin akan menafikan keperluan untuk perkara ini kerana mereka umumnya melihat Islam sebagai secocok dengan institusi-institusi dan undang-undang sekular moden.

sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_ekonomi_Islam

Friday, November 6, 2009

Penghinaan



filem "year one" yg diarahkan oleh Harold Ramis dan penerbitnya Judd Apatow terbitan Columbia picture (illuminati), dibintangi oleh Jack Black dan Michael Cera ini merupakan sebuah filem komedi mengenai sejarah awal tamadun manusia. Namun, isi kandungannya jelas sekali telah mempersendakan hukum Islam, menghina Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak serta mempersoalkan tentang kewujudan tuhan.

tak silap saya, filem ini ada ditayangkan di Malaysia beberapa bulan yg lepas. Pada pendapat saya, filem ini patut di'ban' dan dikenakan tindakan kerana jelas niat mereka adalah untuk menghilangkan kepercayaan manusia terhadap tuhan (Allah s.w.t). namun, apalah daya kita untuk menentang fitnah dajjal illuminati ini yg telah pun menguasai hampir seluruh dunia ini. untuk makluman semua Columbia picture merupakan salah satu syarikat naungan illuminati.

salam Revolusi.

Saturday, October 24, 2009

TAMADUN


bagaimanakah ciri-ciri negara yang bertamadun? adakah ia dinilai berdasarkan pembangunan bandar yang pesat semata-mata? mari kita lihat defiinisi tamadun itu sendiri.

Definisi

berasal daripada perkataan arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Berpunca dari kata kerja "maddana" yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku.
juga membawa erti membuka bandar. Terbit pula perkataan "madani" iaitu orang yang berkelakuan seperti orang yang bersifat halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku.

SYED NAQUIB AL-ATTAS- keadaan kehidupan insan yang mencapai tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

AL-SYIRAZI- perbincangan tentang sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan yang menjerus kepada perbahasan mengenai sejarah keilmuan, peradaban, kemajuan industri dan pembangunan ekonomi.

ABU BAKAR HAMZAH- sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir daripadanya sama ada sesuatu yang berupa niskala atau abstrak, mahupun berupa skala material.

TEUKU ISKANDAR- keadaan masyarakat yang dicirikan berdasarkan pada taraf kemajuan kebendaa serta perkembangan pemikiran yakni sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi.

kesimpulan

secara keseluruhannya, istilah "tamadun" boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individi dan juga suatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakan atau negara bangsa.

Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi serta setiap tamadun mempunyai ciri-ciri asasnya supaya membentuk jati diri bagi sebuah tamadun. Marilah sama-sama kita renungkan definisi tamadun dan bertanya pada diri sendiri, adakah kita telah mencapai tahap ketamadunan?

Wednesday, September 23, 2009

Dajjal theory (Extended)



Sabda Rasulullah SAW;


“Barangsiapa yang mendengar nama Dajjal hendaklah ia berpaling darinya kerana demi Allah, sesungguhnya apabila ia menemuinya dan dia menganggap bahawa dirinya adalah seorang mukmin maka ia akan mengikutinya (Dajjal tersebut) dengan segala syubhat (kebatilan) yang dia bawa.”
Hadis sahih riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Hakim dari Imran bin Hussain dan disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam kitabnya Al-Misykat, hadith no:5488.

pertubuhan yg dikenali sbg freemason membenarkan sesiapa sahaja untuk menjadi ahli, baik agama kristian, islam ataupun yahudi. ini ada diceritakan dalam majalah Mastika dimana ahli baru akan bersumpah diatas kitab agama masing2 dalam upacara perlantikan ahli baru. mereka yg tidak mengetahui agenda pertubuhan ini sudah pasti menganggap pertubuhan ini berada dilandasan yg betul. pertubuhan ini menjanjikan byk faedah keatas ahli2nya diantaranya kuasa dan kekayaan melalui rantai perhubungan (network) yg kuat antara mereka.

Dajjal

Ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.
Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.



seperti yg kita ketahui, simbol illuminati merupakan 'mata satu' ataupun 'the all-seeing eye'. seperti dalam hadis, dajjal bermata satu. jika kita kaji sejarah simbol ini, mata satu tersebut merupakan mata dewa atau firaun dizaman mesir purba yg dikenali sbg horus (eye of Horus). Horus telah buta matanya akibat pertarungan dgn 'seth'. utk maklumat lanjut; http://www.ancientegyptonline.co.uk/eye.html http://en.wikipedia.org/wiki/Horus atau tonton siri the arrivals. lakaran Horus oleh org zaman purba menunjukkan Horus berkepala burung.tanda kafir pula boleh kita lihat pada jet pejuang tentera zionis. http://es.wikipedia.org/wiki/IAI_Kfir


Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:


Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.


sebuah kajian telah dilakukan oleh seorang ulama' di India kalau x silap saya dan berdasarkan teori beliau, kiraan mengenai dajjal mengausai dunia adalah seperti berikut;
teori tersebut mengatakan dajjal telah pun menyempurnakan 1 harinya yg bersamaan 1 tahun dimana british telah memerintah atau mengawal dunia sejak tahun 900 dimana matawang british menjadi matawang utama dunia. dalam islam, 1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun didunia. british telah memerintah selama 1000 tahun. maka, 900+1000=1900. kemudian, hari keduanya yg bersamaan dgn 1 bulan berlaku setelah amerika terlibat dgn perang dunia kedua dan mengawal matawang dunia sejak 1917. jika 1 tahun seumpama 1000 tahun, maka 1 bulan= 1000/12 = 83 tahun. maka, 1917+83=tahun 2000. pada tahun 2000, bush telah dilantik sbg presiden amerika dan pelbagai kemusnahan telah berlaku.kemudian dajjal memerintah dari israel yg harinya umpama seminggu. dalam kiraan tadi, 1 bulan=83 tahun. maka, seminggu= 83/4=21 tahun iaitu sekitar 2020/ 2023.( sumber; the arrivals episod 25&26).


kesimpulan;


pada pendapat saya, tidak perlulah kita menunggu kemunculan dajjal itu. sesungguhnya ia tdk mungkin dapat kita kenal dan yg paling menakutkan jika dikaji, tanda2 kemunculannya blh dikatakan hampir kesemuanya telah berlaku. oleh itu blh saya simpulkan bahawa dajjal itu telah pun wujud sejak berkurun lamanya. kita telah pun menghampiri akhir zaman, yg pasti akan ada kemunculan yg terakhir iaitu turunnya nabi Isa A.S. menghapuskan dajjal dan menyatukan kaum2 yg percaya dgn kewujudan tuhan, tetapi disesatkan oleh syaitan dan dajjal (sesungguhnya syaitan itu musuh yg nyata) bersama imam mahadi. bagaimana caranya? wAllahualam...
dengan kata lain, dajjal itu adalah tidak lain dan tidak bukan gabungan antara kedua2 teori. dimana teori 1 mengatakan dajjal itu individu (golongan manusia yg sesat) dan teori 2 mengatakan dajjal itu sebuah ideologi. ternyata kita tidak mampu menentangnya sedangkan teknologi yg sedang kita gunakan (internet etc.) adalah hasil ciptaan dajjal itu sendiri.
walau apapun, ini hanyalah pendapat saya yg tak seberapa dan cetek ilmu. Allah s.w.t maha mengetahui.

Wednesday, August 26, 2009

LGAT


pernah dengar large group awareness training (LGAT)? inilah apa yg saya cuba jelaskan pada posting yg lepas iaitu self-developement . untuk definisi yg lebih jelas dan mendalam klik sini.


setelah meneliti perubahan yg dialami oleh org terdekat yg mengikuti program ini, saya mula mencari dan mengkaji dengan lebih mendalam mengenai program sebegini. ternyata teori saya tidak kurang tepatnya iaitu segalanya adalah mengenai bisnes atau secara ringkasnya MLM cara baru. bukan saya nak mengatakan bahawa semua LGAT adalah begitu, terdapat juga program seumpama ini yg ke arah spiritual ke-islaman iaitu ESQ . Tidaklah saya pasti sejauh mana keikhlasan mereka membantu orang dengan yuran penyertaan yg tinggi. Tetapi, disini saya ingin mengambil satu contoh dimana sebuah program yg telah disertai oleh orang terdekat iaitu AsiaWorks.


hasil pencarian saya melalui internet kebanyakannya memberi response negatif terhadap AsiaWorks. Antara hasil pencarian saya adalah;










  1. http://www.mybloglog.com/buzz/topics/asiaworks (mamat ni pun tulis kajian dia berdasarkan 'pengalaman' dia sendiri, tapi klu nak baca kena ada password)


  2. http://nyin.xanga.com/682085398/asiaworks--self-development-training/ (minah ni buat basic je, x sampai tahap critical)



berdasarkan pemerhatian saya setakat ini (masih lg menunggu 'hasil training' oleh seseorang), mungkin benar latihan ini telah memberi pandangan baru kepada seseorang. seolah-olah membuka mata ketiga mereka. seseorang itu akan rasa yakin, lebih bahagia dan seolah-olah tahu apa yg ingin dilakukan dalam hidupnya. ini adalah berdasarkan apa yg telah diberitahu kepada saya melalui pengalaman peserta itu sendiri. sejauh mana kebenarannya dan seberapa lama keberkesanannya? wAllahualam..


tetapi, disebalik perkhidmatan 'motivasi' yg ditawarkan, mereka telah 'membuat' peserta menarik sanak saudara, rakan-rakan, orang tersayang dan orang terdekat mereka supaya menyertai program ini dengan alasan memberi pengalaman yg sangat berharga kepada mereka. hah! inilah yg saya katakan MLM cara baru, malah lebih keji dari MLM yg lain!. Kerja merekrut ahli baru ini akan dilakukan secara percuma oleh peserta. hairan bukan? kebanyakan peserta akan menjadi sukarelawan didalam Asiawork training ini. tak salah jika kaedah yg dilakukan mereka untuk memotivasi peserta dikatakan sebagai 'brain-washing'.


berikut adalah jadual advance course yg dipinjam dari sebuah forum:


*perhatikan ayat yg berwarna merah


outline of the advance course.

Bits and pieces of an ADVANCED COURSE happening somewhere.

Re-Programming 102

-----------------------------

Day 1


Review of the ProgramPersonality traits and coping strategies

Share what you got out of the Program you didn't want,what you didn't get and wished you had.

Analysis of your personality.

Comments about your personality traits.

Homework to confront and have a measureable resultovernite dealing with a maladaptive trait.

Enrollment.

------------------------------

Day 2


Tell your description of how you view yourself till it disappears.

Tell it till you are passed by a leader.

Existentialistic Angst.

Empty and MeaninglessReality vs unrealityVideos, showing idealized notions of life.

Write what the ideal man or woman was like

People perform a skit saying lines that turn out to be fromdifferent movies,Same news story written in two different newspapers withdifferent Conclusions.

Anecdotes about community.

Sign up for another program that promotes community servicefrom within a supervised group structure.

Invent yourself a new identity

.----------------------------------------------------------------------------

Day 3.


Shares: Really put the past behind youTell your closest held secrets to everyone in the room.

Think about one thing you could not admit to anyone,and go around room introducing yourself that way.

Sales trainingHow to get people to come on Tuesday night to sign upfor Program or Advanced Program.

Work in group defining future with purposes, goals and values.

Get ready to present New Identity to group.

You now are the potential exciting goal of...some inspriring and laudable quality.

Making lists of who to invite for Tuesday nite.

-----------------------------------------------------------------

Day 4


Standing nose to nose with people facing the crowd.

Share your new identity on stage alone.

Accept the leaders directions,till it is changed to satisfy the leader.

Write out goals for the new identity. 10 years, 5 years, 1 year, 1 month,1 week by Tuesday nite.

Write out what contributions people would say your life made when you die.Then the pages are ripped up and thrown in the garbage.

Greet people by their new identities,Martian talk to earthlings story Warning: don't use the Jargon,people won't understand

Sales talk about bringing people Tuesday nite.

Video about SomeCompany and sales pitch about thecorporate consulting services

-------------------------------------------------------------------------


inilah strategi mereka untuk memastikan mereka sentiasa mendapat pelanggan. memang x salah, tetapi yg menjadi masalah adalah mereka 'bermain' dengan minda kita dan menyebabkan seseorang itu berasa serba salah sekiranya tidak dapat merekrut ahli baru. ini ada diceritakan di dalam blog dan forum.


dari apa yg saya perhatikan lagi dan berdasarkan pengalaman-pengalaman bloggers yg lain, peserta AsiaWorks kerap menghabiskan masa bersama ahli kumpulan mereka dan layanan mereka terhadap kita berubah serta-merta. yg lebih tidak menyenangkan saya, peserta bukan muhrim berpelukan antara satu sama lain sebagai 'budaya' baru yg telah diajar kepada mereka tanda kemesraan dan keakraban antara mereka. perkara ini amat memeritkan apabila menyaksikan orang yg di sayangi dipeluk oleh orang lain (bkn muhrim) sewenang-wenangnya.

banyak lagi perubahan org terdekat yg saya maksudkan yg sukar untuk saya ceritakan. yg pasti, ramai yg turut merasai pengalaman seperti saya apabila org terdekat mereka menyertai program tersrebut.


akhir sekali, hasil pencarian maklumat yg paling mengejutkan dan menjadi alasan untuk saya tidak menyukai program ini adalah pengasas Asiaworks iaitu Jim dan orang kuatnya Chris merupakan bekas pelatih LifeSpring. salah satu LGAT yg amat mirip dgn AsiaWorks. LifeSpring telah diharamkan di Amerika syarikat atas sebab beberapa kes kerosakan mental, kematian akibat binuh diri dan berbagai kontroversi yg lain.


Dan kini...mereka kembali dengan menjadikan Asia sebagai 'lubuk emas mereka.' Mungkin orang Asia mempunyai peratusan yg tinggi terhadap org yg kurang berkeyakinan dan minda yg lemah. wAllahualam...