Pernah satu hari member saya bertanya kepada saya, "kita solat sebab nak dapat pahala la kan?"
kemudian saya pun menjawab, "eh, itu dah kira tak ikhlas tu..kita solat kerana Allah S.W.T. atas perintahNya...."
tetapi member saya tidak berpuas hati dengan jawapan itu, dia tetap mengejar pahala. Walau apa pun tujuannya, solat itu perkara wajib. Lebih baik tunaikan daripada tidak berbuat langsung. Ramai yang masih keliru, begitu juga dengan saya...
untuk mencapai keikhlasan amatlah sukar, saya sendiri tidak tahu tahap keikhlasan saya. Ketika menderma, ketika solat, ketika membantu dan sebagainya...
*p/s: dasat x? haha