Saturday, October 24, 2009

TAMADUN


bagaimanakah ciri-ciri negara yang bertamadun? adakah ia dinilai berdasarkan pembangunan bandar yang pesat semata-mata? mari kita lihat defiinisi tamadun itu sendiri.

Definisi

berasal daripada perkataan arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Berpunca dari kata kerja "maddana" yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku.
juga membawa erti membuka bandar. Terbit pula perkataan "madani" iaitu orang yang berkelakuan seperti orang yang bersifat halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku.

SYED NAQUIB AL-ATTAS- keadaan kehidupan insan yang mencapai tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

AL-SYIRAZI- perbincangan tentang sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan yang menjerus kepada perbahasan mengenai sejarah keilmuan, peradaban, kemajuan industri dan pembangunan ekonomi.

ABU BAKAR HAMZAH- sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir daripadanya sama ada sesuatu yang berupa niskala atau abstrak, mahupun berupa skala material.

TEUKU ISKANDAR- keadaan masyarakat yang dicirikan berdasarkan pada taraf kemajuan kebendaa serta perkembangan pemikiran yakni sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi.

kesimpulan

secara keseluruhannya, istilah "tamadun" boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individi dan juga suatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakan atau negara bangsa.

Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi serta setiap tamadun mempunyai ciri-ciri asasnya supaya membentuk jati diri bagi sebuah tamadun. Marilah sama-sama kita renungkan definisi tamadun dan bertanya pada diri sendiri, adakah kita telah mencapai tahap ketamadunan?

No comments:

Post a Comment