Friday, February 12, 2010

Tamadun Unik

sedarkah kita bahawa kita kini sedang berada didalam sebuah ketamadunan yg amat unik dan buat pertama kalinya didalam sejarah terciptanya tamadun sebegini?

tamadun dimana seluruh negara didunia ini saling berhubungan antara satu sama lain (globalisasi) dan empayar dibina berdasarkan sistem kapitalis sehingga menyebabkan negara-negara yang pada asalnya kaya menjadi papa kedana akibat dirompak dan gagal mengikuti sistem yang diwujudkan. tamadun yang amat unik kerana mampu menakluk seluruh dunia sehinggakan semua negara didunia ini bergabung tak dapat mengancam kuasa mereka. dari manakah mereka mendapat kuasa tersebut? mereka memperolehinya melalui revolusi saintifik dan teknologi yang mengagumkan dimana masih banyak rahsia yang masih belum didedahkan lagi dan masih belum dapat difahamkan sepenuhnya lagi. satu tamadun yang mempunyai kuasa penipuan yang hebat dimana penampilan dan realitinya adalah sentiasa berlawanan antara satu sama lain.
*sumber: ucapan Sheikh Imran N. Mohsein, tamadun barat moden

dan kesannya kini...

sistem kapitalis merupakan tunjang sesebuah negara dan tiada seorang pun mampu lari dari ekonomi riba'. yang kaya bertambah kaya, yang miskin akan bertambah miskin akibat golongan pemodal yang hanya melabur untuk mengaut keuntungan tanpa peduli halal haram. perbuatan baik atau jujur dianggap perkara luar biasa dan perbuatan keji dan licik dianggap biasa malah dikatakan bijak. maksiat dibangga-banggakan. wang adalah segala-galanya. nilai kemanusiaan telah runtuh. benarkah begini? sebenarnya kita yang tidak sedar akibat leka dengan hiburan dan keperluan hidup yang menjadi penjara halimunan kepada diri kita sendiri akibat sistem yang diperkenalkan. secara tidak langsung juga, ketamadunan ini mengakibatkan umat manusia menjadi 'salinan' kepada diri mereka. inilah yang disebut sebagai minda yang dijajah.


persoalannya, siapakah pengasas tamadun yang sangat unik ini? dari sini bermulalah pelbagai teori hasil daripada pelbagai kajian dimana ianya dianggap sebagai teori konspirasi. fikirkan kembali sejarah-sejarah dunia. bagaimana negara-negara boleh berpecah? mengapa negara-negara dijajah? ya...sudah tentu para penjajah membawa misi penting, iaitu misi untuk mentamadunkan (civilization) atau dengan kata lain 'mendidik' negara-negara lain supaya mengikuti sistem mereka. dengan ini terciptalah sebuah empayar yang amat hebat dan dahsyat dimana kini tiada siapa mampu menghalangnya dari terus memerintah. siapa mereka? anda tahu jawapannya. mereka tidak akan memerdekakan sesebuah negara itu selagi mereka tidak menubuhkan sesebuah institusi di negara tersebut bagi memastikan mereka terus berkuasa keatas negara itu melalui seorang wakil. untuk lebih spesifik, kaji lagi secara mendalam siapa arkitek yang sebenar.

Inilah yang dikatakan sebagai akhir zaman. zaman yang penuh dengan fitnah dan penipuan hebat. berbagai petunjuk dan peringatan telah diberikan melalui Al-Quran san hadith. tinggal kita sahaja untuk mentafsirnya.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

surah al-baqarah ayat 275: "Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya."

Pandangan orang bukan Islam

St Thomas Aquinas, “Rom membahagikan barangan kepada 2 bahagian iaitu barangan yang boleh digunapakai (consumable) dan barang yang tidak boleh digunapakai (non-consumable). Makanan dan baju bila dipakai, maka ia akan habis atau rosak. Tanah pula tidak boleh digunapakai (habis atau rosak seperti baju dan makanan) tetapi kita boleh mengusahakan pelbagai tanaman saban tahun dan nilainya sentiasa berkekalan. Duit (medium of exchange) adalah barang yang boleh digunapakai. Justeru, membuat untung dari (pinjaman) duit adalah bertentangan dengan undang-undang natural.

Aristotle, “Duit tidak boleh beranak. Ia tidak sepatutnya berkembang seperti mana lembu berkembang (beranak).”

St Ambrose menyatakan, declared ‘pecumia non parit pecumiam’ – Duit tidak melahirkan duit.

2 comments:

  1. bukti illuminati sedang mempersiap perang

    http://drnoproblem.blogspot.com/2010/09/bukti-illuminati-mempersiap-perang_22.html#comments

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Delete