Friday, March 27, 2009

Tuan Syed (the begining)

kisah ini mengandungi bahasa-bahasa kesat yg mungkin kurang menyenangkan sesetengah pihak, tapi gua cuba tulis seformal yg boleh dalam bentuk novel.


Al-kisah

Pada suatu hari, member kolej gua bahiyudin (bukan nama sebenar) bagi tau gua bahawa ada seorang pakcik jiran rumah sewa dia nak jual laptop rampasan kastam dengan harga yg sangat murah. Gua pun jadi sangat teruja kerana laptop tersebut kalau kat market harga approximately RM4000 dan dia boleh 'cow-team' harga sampai RM800. Akibat sikap rakus dan tamak gua, gua pun pergilah jumpa dia kat rumah dia untuk deal.


Malam tu gua bawak 3 org member gua untuk deal sebab diorang pon nak beli juga laptop 'khayalan' tu. So, kitorang pun pergi....

"Assalamualaikum..." gua menyapa sambil berjabat tangan.

"waalaikummussalam.." si polan pun menjawab sambil berjabat tangan juga.

beberapa detik berkenalan, dia berbicara,

"takkan cakap kosong je? belanja la air ke...abang nak jual barang murah ni". Macam tu la lebih kurang dialog dia. OK gua pon panggil india mapley tu order air. Awal-awal lagi dah tunjuk perangai pukimak dia.

"hisap rokok? mintak sebatang." dia tanya gua.

"tak hisap.." gua cakap.

"baik betul korang, semua tak hisap rokok ke?" dia tanya..

"nah..." salah seorang member gua menghulurkan kotak rokok yg dia dapat masa kenduri hari sebelumnya sebab kitorang tolong cuci pinggan. dia pun ambil sebatang.

"hisap rokok tak semestinya jahat, tak hisap rokok tak semestinya baik..." member gua sambung. 2 daripada 3 member gua perokok, seorang lagi tak. termasuk gua, 2 orang la tak hisap rokok.

si polan tu pun seronok menyedut asap gabungan racun tikus, nikotin dan tar tersebut kemudian dia pun memulakan perbincangan yg ditunggu-tunggu...

"barang sekarang tak sampai lagi, kalau korang nak tgk, search kat internet ; Acer 16" singapore spec." katanya.

kebetulan member gua bawa laptop sekali time tu dan kat tempat tu pula ada wifi. So, kitorang pun search la internet....hasilnya;




bila tengok gambar dan spec dia, memang puas hati lah, core2 duo pulak tu. Lagi berkobar-kobar la semangat nak beli. Kemudian, dia tanya gua;

"member kau cakap kat kau abang nak tolak berapa?"

"mm...RM800." aku cakap.

"ehh..sedap-sedap je dia cakap 800 eh? abang nak tolak RM1000 sebijik mana boleh RM800 kalau kat kedai kau tau berapa? RM4000++ tau. Sebenarnya abang nak jual dekat orang yg nak pakai, macam student ke...abang tak nak jual dekat orang yg nak buat bisnes. Dulu abang jual dekat sorang mamat ni, dia buat bisnes. beli kat abang banyak2 pastu jual. abang tak nak macam tu, abang nak jual kat orang yg memerlukan." dia cakap. ("cehh..." dalam hati aku)

kemudian dia bagi tau cara nak deal...

"deal abang senang je. kau percaya abang, abang percaya kau. ok, esok sebelum pukul 2 pm kau masuk kan deposit RM1500 dalam akaun abang. Dalam masa 24 jam, barang akan sampai, korang datang ambik. lepas tu bawak balik rumah barang tu. check semua sampai puas hati, dalam masa 2 hari, bayar balance. Lepas tu abang bagi warranty, korang bagi nama penuh dengan no i.c korang." kitorang nak angkat 3 biji. so, deposit tinggi la.

"eh, banyak tu. mana boleh...mana ada duit." aku cakap.

"alah...bahagi la sorang 500. ok, kira cincai la..RM800 sebiji, lepas tu abang bagi korang extra 3 biji untuk tolong abang jual. korang letak la harga korang, mark-up tinggi-tinggi. yang penting korang bagi abang RM800 untuk sebiji laptop. ok?" katanya.

yang peliknya, tadi cakap taknak jual kat orang yang nak buat bisnes. haih...pelik.

"mm..kalau macam tu, deposit jadi RM2000 la sebab korang nak amik banyak. korang jangan risau, abang takkan tipu korang. korang boleh datang rumah abang, abang takkan lari punya. kalau tak percaya jugak kita boleh buat agreement, kau photostate i.c abang. Abang tak kisah punya." dia kata.

kami terdiam, cara dia cakap memang real.

"buat apa abang nak tipu korang? korang ingat abang boleh senang ke makan duit haram, abang dah la ada anak bini. korang teka berapa umur abang?" dia soal.

"35." member aku teka 2 orang serentak. "haha..serentak" diorang gelak sebab kelakar

"40, dah ada anak dua dah, takkan la abang nak tipu korang?" dia jawab.

("takde masalah pon kalau nak tipu" dalam hati aku.)

"sepatutnya abang memang tak boleh ambil duit korang, tapi abang nak bayar duit dekat orang yang nak hantar barang nanti. sebenarnya abang nak uji kepercayaan korang, mula-mula abang kena kan korang. bila korang dah dapat barang, korang kena kan abang balik. abang tak kesah kalau korang nak tipu abang, abang halal kan aje...tapi kau kena ingat, akhirat nanti kita jumpa kat padang mahsyar." jelasnya sambil menunding jari ke langit.

dalam sedar tak sedar, habis sekotak rokok member aku dia paw. memang pundek betul perangai dia...

to be cotinued...














4 comments:

  1. pttla asik kate cte die pnjg.
    siap to be continue...
    huhu.
    baeklah.
    tggu next episode.
    hehe.

    ReplyDelete
  2. gadis yaya, padan muka siapa?

    miko, tungguuuu...

    ReplyDelete
  3. perghhhhhhhh stylok..the begining...

    ReplyDelete