Saturday, July 18, 2009

United We Stand Divided We Fall

bersatu kita teguh bercerai kita roboh. ayat ni memang dah jemu kita dengar...
tapi, ia sememangnya penting bagi kita dalam mengatasi musuh terutamanya yg mengamalkan taktik 'divide and conquer' atau 'bahagi dan takluk'. taktik ini memang dapat kita lihat dengan jelas sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi, cuma kita yg tidak menyedarinya. musuh yang saya maksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah para illuminati, freemason dan yg seangkatan dengannya. jika kita kaji denagn lebih dalam, penjajah yg menjajah negara kita adalah dari golongan2 ini. petikan dari sebuah blog:

"Siapakah Stamford Raffles itu?Beliau adalah ahli Freemason peringkat tertinggi dan ditahbiskan sebagai anggota pertubuhan syaitan itu pada 5 Julai 1813 di Lodge De Vriendschap,Surabaya.Apa yang ahli sejarah tanahair buat di dalam pejabat-pejabat mereka?Adakah di dalam tempurung minda mereka itu masih memikirkan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light?Damn!Bangsa yang tidak memiliki sejarah masa lalu adalah bangsa yang tidak punya cerita masa depan."

untuk maklumat lanjut click sini

saya berasa sedih apabila terbaca sebuah blog yg mengatakan puak shi'ah adalah tentera dajjal. ( click sini sbg link ke blog tersebut). sebagai umat islam, kita seharusnya bersatu. tidak bernas langsung jika kita menuduh puak seagama dengan kita sebagai dajjal. bak kata pepatah, 'tak kenal maka tak cinta'. maksud saya kalau setakat dengar dari sumber yg tidak berapa pasti kesahihannya, lebih baik jangan buat tuduhan melulu. carilah bukti yg sahih, kerana media massa sekarang telah banyak dimanipulasi demi kepentinagn sendiri. untuk memuaskan hati, bergaullah sendiri dengan mereka supaya lebih mengenali hati budi mereka. sebenarnya inilah yg dimahukan oleh pihak musuh bg memecah-belahkan kita supaya mereka dapat mengawal kita.
cuba anda renungkan, mengapa agama yg menyembah banyak tuhan (hindu, budha, etc.) dan bukannya 'satu' tuhan (islam, kristian dan yahudi) tidak pernah diganggu atau dilagakan walaupun hanya sekali? itulah yg membezakan antara agama yg benar dan agama yg dicipta oleh manusia itu sendiri.
seorang muslim yg sejati sepatutnya sedar bahawa ajaran yahudi yg asalnya dibawa oleh Nabi Musa dan ajaran kristian yg asalnya dibawa oleh Nabi Isa sebenarnya merupakan satu ajaran yg sama dengan ajaran Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. cuma ianya telah dipesongkan oleh golongan tertentu dengan tipu daya Iblis itu sendiri.
untuk maklumat lanjut tengok siri The Arrivals ini:



walau apa pun, ini hanyalah pendapat saya. sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui, namun kita haruslah bijak menggunakan akal fikiran. malulah... orang yg cetek ilmu seperti saya pon tidak menuduh sebarangan (kecuali illuminati...haha).
post ini berkesinambungan dengan apa yg ingin saya jelaskan pada post yg lepas, iaitu:

*p/s: vid youtube The Arrivals tu aku jumpa yg ada subtitle arab je, sbb yg lain sume audio disabled.

5 comments:

  1. sejauh manakah kamu baca kitab2 syiah? jika tidak kenal kitab2 utama dan propaganda mereka jangan senang2 menafikan kajian orang lain.. nyata sangat kita ni tidak pandai menggunakan metodologi..

    apa yang saya kaji tentang syiah saya petik dan rujuk serta kaji kitab2 utama agama mereka. cuma mereka yang tidak pernah mengkaji sememangnya hanya berprasangka membabi buta.

    www.tenteradajjal.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. ohh...
    maafkan saya.
    ini hanya pendapat saya yg tidak mengkaji secara mendalam....

    ReplyDelete
  3. tak mengapa. saya suka semangat kamu. insyaAllah kamu akan mendapat kebenaran. kami dari kitabngeri sanggup membantu sejauh mana kami mampu sampaikan. Jika niat kita baik tp cara salah , tetap salah apa kita buat. :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih...
    banyak lagi yg perlu saya pelajari.
    saya hanyalah budak mentah yg baru ingin belajar bernafas.
    amal ibadat pun kadang-kadang x terjaga.
    tetapi jauh disudut hati saya inginkan perubahan kepada yg lebih baik. disamping itu cuba untuk memberi kesedaran secara kecil-kecilan.
    tunjuk ajar dari tuan amat dihargai...

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah. sama-sama kita usahakan. kami perlukan kamu, dan kamu perlukan kami. kami tidak "buyers" mane2 pihak. jika benar kita benarkan jika salah kita tegur . berubah atau tidak itu adalah atas hati sendiri. jika orang itu berjuang ikhlas kerana Allah, insyaAllah ia akan baiki kesilapannya sendiri.

    ReplyDelete