Tuesday, January 13, 2009

the R.A.H.M.A.N theory


dalam banyak-banyak subjek waktu spm, subjek sejarah merupakan subjek yang paling gua tak minat. boring....asyik dengar cikgu berceloteh tentang benda yang dah lepas (tapi penting sebenarnya). banyak pula benda yang perlu dihafal untuk jawab soalan ujian/exam nanti.


disebabkan subjek ni sangat boring dan gua tak dapat nak menghafal dengan baik. so, berbagai kaedah telah gua cuba misalnya untuk menghafal nama perdana menteri Malaysia; gunakan teori R.A.H.M.A.N...


iaitu mengikut turutan perdana menteri pertama,


  1. R= Tunku Abdul Rahman

  2. A= Tun Abdul Razak

  3. H=Tun Hussain Onn

  4. M=Tun Mahathir Muhammad

  5. A=Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (pak lah)

  6. N=?

kemungkinan besar jawatan perdana menteri yang seterusnya akan di pegang oleh Dato' Najib Tun Razak oleh kerana jawatan beliau sekarang adalah timbalan perdana menteri. namun begitu, persoalan mengenai "siapakah perdana menteri seterusnya?" kerap bermain difikiran saya...adakah Dato' Seri Najib Tun Razak atau pun Dato' Seri Anwar Ibrahim? ramai yg berpendapat bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri. jadi, mungkin jawatan perdana menteri selepas 'pak lah' masih lagi dalam huruf A=Anwar Ibrahim atau terus kepada huruf N yang merupakan huruf terakhir dalam teori R.A.H.M.A.N. jadi, mungkinkah selepas itu tiada lagi negara Malaysia?


penganalisis politik juga berpendapat bahawa 'kemungkinan besar' selepas jawatan perdana menteri dipegang oleh calon yg terakhir dalam teori tersebut, negara malaysia akan berada dalam keadaan kucar-kacir/darurat dan akhirnya musnah. sejauh mana kebenaran teori ini wallahualam (mungkin kebetulan)....setakat ini teori tersebut memang tepat pada sasarannya.


gua tak berani nak komen apa-apa kita tunggu dan lihatlah sahaja...


6 comments:

  1. possible laa..
    huhu..
    tp kn xkn nk tggu bnde jd pas2 br react.
    nnt kite jd cm palestin!
    (sory i am born a paranoid)

    ReplyDelete
  2. hmm....ur right.
    but i dunno wat 2 do
    miko senpai..

    ReplyDelete
  3. ehh..
    bkn da komen ke td?
    nape ilang..huhu

    ReplyDelete
  4. most of us duno wut to do.
    so do i.
    huhu..
    yela sket people nk lwn byk people.

    ReplyDelete